Anda di sini

Landasan kereta api runtuh di Mexico, 13 maut, 70 cedera

Advertisement
 Anggota bomba dan penyelamat menjalankan misi untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap selepas landasan kereta api runtuh di selatan Kota Mexico kelmarin. — Gambar AFP
RUNTUH: Anggota bomba dan penyelamat menjalankan misi untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap selepas landasan kereta api runtuh di selatan Kota Mexico kelmarin. — Gambar AFP

KOTA MEXICO: Se-kurang-kurangnya 13 orang maut dan puluhan yang lain cedera dalam kejadian landasan kereta api runtuh di selatan Kota Mexico kelmarin, kata pihak berkuasa.

Rakaman kamera kese-lamatan yang disiarkan oleh media tempatan menunjukkan gerabak terhumban ke tanah di selatan bandar itu.

“Setakat ini, kiraan awal mengesahkan 13 orang kehilangan nyawa mereka dan 70 yang lain cedera,” ciap jabatan pertahanan awam bandar tersebut di Twitter.

Setiausaha kerajaan Kota Mexico Alfonso Suarez del Real berkata, anggota bomba dan penyelamat sedang menjalankan misi untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap. — AFP

Advertisement