Anda di sini

Dua rahib dibicara di Argentina atas tuduhan cabul kanak-kanak pekak

Advertisement
 Gambar fail 25 November, 2019 menunjukkan seorang wanita memegang gambar rahib yang dituduh mencabul kanak-kanak semasa tunjuk perasaan di luar mahkamah                  di Mendoza, Argentina. — Gambar AFP
PROTES: Gambar fail 25 November, 2019 menunjukkan seorang wanita memegang gambar rahib yang dituduh mencabul kanak-kanak semasa tunjuk perasaan di luar mahkamah di Mendoza, Argentina. — Gambar AFP

BUENOS AIRES: Dua rahib dan tujuh pekerja wanita yang lain di sebuah institusi bagi kanak-kanak pekak di Argentina dihadapkan dalam perbicaraan kelmarin dalam kes pencabulan seksual yang mengejutkan negara asal Pope Francis itu.

Dua paderi yang bertanggungjawab ke atas kanak-kanak di pusat tersebut telah dipenjarakan selama lebih 40 tahun pada November 2019 bagi pencabulan seksual, termasuk merogol, kira-kira 20 kanak-kanak.

Ini adalah perbicaraan kedua dalam kes bagi jenayah yang dilakukan di antara 2004 dan 2016 di Institut Provolo di Mendoza, kira-kira 1,000 kilometer di barat  Buenos Aires.

Mangsa berusia di antara empat dan 17 tahun pada masa itu.

Beberapa kakitangan di sekolah itu ditahan selepas tuduhan pencabulan muncul pertama kali pada 2016, dan institusi itu sudah ditutup.

Orang pertama yang dihadapkan dalam perbicaraan adalah paderi Horacio Corbacho, dijatuhkan hukuman penjara selama 45 tahun, dan Nicola Corradi dari Itali, yang menerima hukuman penjara selama 42 tahun.

Tukang kebun institusi tersebut, Armando Gomez, dipenjarakan selama 18 tahun bagi pencabulan seksual, dan seorang bekas pembantu altar, sekarang berusia 50-an, dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun selepas mengaku bersalah bagi pencabulan seksual terhadap lima kanak-kanak.

Tertuduh utama dalam kandang pesalah kali ini adalah rahib dari Jepun Kumiko Kosaka, 46, dituduh bagi pencabulan seksual yang lebih buruk dan menutupi jenayah tersebut,

Seorang lagi rahib, berasal dari Paraguay, Asuncion Martinez, 53,  berdepan tuduhan  menutupi jenayah “korupsi terhadap kanak-kanak”, bersama dengan wakil perundangan bagi pusat tersebut, seorang pakar psikologi, seorang tukang masak dan empat pengarah institusi tersebut.

“Tanpa rahib yang bertanggungjawab ke atas kanak-kanak, pekerja sosial, pengarah, tanpa semua struktur tersebut semua ini tidak mungkin berlaku, Corbacho dan Corradi tidak bertindak sendirian,” kata Erica Labeguerie, kakak Claudia, salah seorang mangsa di pusat berkenaan.

Ariel Lizarraga, bapa kepada seorang lagi mangsa, Daiana berusia 29 tahun, berkata: “Mereka telah me-nyembunyikan semuanya, menghalang mereka (kanak-kanak) dari mempelajari bahasa isyarat supaya ia tidak akan terbongkar.”

Ketika wabak COVID-19, perbicaraan dibuka di Mendoza tanpa kehadiran wartawan.

Tiada seorangpun defendan berada di mahkamah, penyertaan hanya melalui transmisi video, menurut sumber kehakiman.

Kosaka berada di bawah penahanan di rumah, satu-satunya dalam tahanan pra-perbicaraan.

Perbicaraan dijangka berlangsung selama enam bulan, dengan kira-kira 100 saksi akan memberikan ketera-ngan.

“Keluarga adalah dijangkakan,” menurut Labeguerie. “Ia seakan sebuah pintu telah dibuka yang membolehkan banyak kenangan, satu kesedihan yang pasti kerana tiada apa-apa yang akan berlaku  untuk memberikan kami semula segala yang telah dirampas daripada kami.”

Ditubuhkan pada 1995, Institusi Provolo menawarkan pendidikan percuma kepada kanak-kanak dari keluarga sederhana yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan, dengan penginapan asrama ketika minggu persekolahan.

Gereja Katolik telah digegarkan oleh satu siri skandal pencabulan seks kanak-kanak sejak beberapa tahun ini di Amerika Syarikat, Eropah, Amerika Latin dan Australia. — AFP

Advertisement