Anda di sini

Bekas petinju Olimpik didakwa bunuh kekasih hamil

Advertisement
VERDEJO
VERDEJO

SAN JUAN: Bekas petinju Olimpik dari Puerto Rico, Felix Verdejo didakwa kelmarin atas tuduhan membunuh kekasihnya dan anak mereka yang masih dalam kandungan, dalam satu kes yang mencetuskan kemara-han terhadap keganasan ke atas wanita di wilayah Amerika Syarikat (AS).

Verdejo hadir bagi perbicaraan maya di mahkamah persekutuan di San Juan, di mana hakim mendakwanya atas tiga tuduhan menculik dan membunuh Keishla Rodriguez, yang sedang mengandung ketika itu.

Hakim Camille Velez me-ngarahkan Verdejo yang berusia 27 tahun ditahan tanpa ikat jamin sebelum satu perbicaraan rayuan, lapor akhbar tempatan El Nuevo Dia.

Satu aduan persekutuan yang diperolehi oleh AFP menyatakan bahawa Verdejo, yang sudah berkahwin dan menjalin hubungan dengan Rodriguez, didakwa menculik mangsa pada 29 April selepas wanita itu meminta bantuannya menggugurkan kandungan.

“Verdejo, yang dalam kariernya telah memenangi 27 perlawanan, 17 dengan ‘knockout’, menumbuk mu-ka mangsa yang kemudian disuntik dengan satu picagari yang berisi dengan sejenis bahan,” menurut afidavit daripada ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang mengetuai siasatan.

Menurut afidavit itu, Verdejo dan seorang saksi mengikat tangan dan kaki Rodriguez dengan wayar, dan kemudian mengikatnya pada sebuah bongkah.

Selepas itu mereka memandu ke sebuah lagun di San Juan, di mana mangsa dihumban dari tepi jambatan ke dalam air, menurut afi-davit itu.

Verdejo kemudian menembak Rodriguez yang berada di dalam air.

FBI menemui bukti bahawa Verdejo dan Rodriguez, 27,  telah berhubung melalui tele-fon pada hari penculikan.

Satu kamera keselamatan menunjukkan sebuah kereta yang sama dengan kereta petinju itu berada di atas jambatan.

Rodriguez dilaporkan hilang pada Khamis dan mayat-nya ditemui di lagun San Jose pada Sabtu.

Keluarga Rodriguez mempersalahkan petinju itu bagi kehilangannya dan kemudian kematiannya.

Kes tersebut mencetuskan protes di Puerto Rico, yang mana gabenornya Pedro Pierluisi mengumumkan perintah darurat pada Januari disebabkan oleh keganasan ke atas wanita.

Verdejo mewakili Puerto Rico dalam Sukan Olimpik London 2012, dan pada tahun yang sama memulakan karier profesionalnya dalam kategori ‘lightweight’.

Petinju itu, yang karier-nya telah menurun selepas terlibat dalam kemalangan motosikal pada 2016, boleh berdepan dengan hukuman mati sekiranya didapati bersalah.

Pada Khamis lepas, hari ketika Rodriguez hilang, pihak berkuasa Puerto Rico turut menemui mayat rentung seorang lagi wanita, Andrea Ruiz, di pekan Cayey.

Seorang lelaki berusia 40 tahun, yang Ruiz sebelum ini pernah memfailkan satu aduan terhadapnya, ditangkap dua hari kemudian.

“Di sini terdapat satu keganasan seksis yang berasal dari zaman lepas, yang harus di-banteras,” tegas Pierluisi  pada sidang media kelmarin. “Ia adalah satu budaya yang harus diperbetulkan.” — AFP

Advertisement