Anda di sini

Barty melangkah ke suku akhir

Advertisement
 Barty (kiri) berjabat tangan dengan Swiatek selepas tamat perlawanan di antara mereka berdua di Kejohanan Terbuka Madrid di Madrid. — Gambar AFP
SEMANGAT KESUKANAN: Barty (kiri) berjabat tangan dengan Swiatek selepas tamat perlawanan di antara mereka berdua di Kejohanan Terbuka Madrid di Madrid. — Gambar AFP

MADRID: Pemain nombor satu dunia Ashleigh Barty mendahului dalam kejohanan Terbuka Perancis pada Isnin selepas beliau mengalahkan Iga Swiatek untuk mara ke peringkat suku akhir Terbuka Madrid.

Barty berjaya di Roland Garros pada 2019 sebelum Swiatek memberi kejutan dengan membawa pulang kemenangan besar  pertama di Paris setahun kemudian.

Kedua-dua pemain akan menjadi kegemaran di Terbuka Perancis bulan hadapan namun Barty mendapat kelebihan di Madrid, di mana beliau menundukkan Swiatek 7-5, 6-4.

Pemain Australia itu kini akan berhadapan dengan juara tiga kali Madrid, Petra Kvitova untuk merebut slot ke separuh akhir, selepas Kvitova mengalahkan Veronika Kudermetova 6-3, 4-6, 6-4.

Kekalahan Swiatek mengakhirkan sembilan perlawanan tanpa kalah beliau di tanah liat manakala Barty menambah kemenangan berantai beliau kepada 14 permainan.

Ia bukanlah perlawanan yang  mudah, dengan Barty terpaksa bangkit daripada 0-3  dalam set pertama  dan kembali daripada 0-40 pada 3-2 dalam set kedua, sebelum mengikat kemenangan dalam masa sejam 41 minit.

Kvitova, yang menjuarai kejohanan pada 2011, 2015, dan 2018, juga diberi cabaran hebat oleh Kudermetova, yang merupakan pemain hebat kejohanan itu, dan telah memenangi gelaran WTA pertama di Charleston bulan lalu.

Namun Kvitova menggunakan kesemua pengalaman beliau dan menghantar servis handal untuk mempertahankan  kejuaraan keempat Madrid beliau.

“Sesungguhnya ia perlawanan yang sukar,” kata Kvitova selepas itu.

“Ia tentang memberi servis. Cuma ada satu mata pendahulu dalam setiap set. Veronika sangat handal. Sejak beliau memenangi Charleston, beliau bermain dengan tangkas. Beliau akan menjadi juara yang hebat. Sepanjang perlawanan saya tidak rileks, namun hanya tenang. Begitulah saya berjaya mencapai kemenangan.” — AFP

Advertisement