Anda di sini

Sydney diselubungi asap tebal akibat kebakaran hutan

Advertisement
 Gambar yang dirakam kelmarin menunjukkan asap tebal memenuhi ruang udara ketika kebakaran hutan marak di Sydney. — Gambar AFP
AMAT BAHAYA: Gambar yang dirakam kelmarin menunjukkan asap tebal memenuhi ruang udara ketika kebakaran hutan marak di Sydney. — Gambar AFP

SYDNEY: Sydney diselubungi kepulan asap tebal akibat kebakaran hutan yang berbahaya semalam, memaksa pihak berkuasa di bandar terbesar di Australia itu untuk merangka semula pembakaran hutan secara terkawal di kawasan berhampiran.

Perkhidmatan feri dibatalkan dan lima juta penduduk di bandar tersebut dimaklumkan agar tidak keluar dari rumah sekiranya perlu, ketika paras pencemaran udara meningkat.

Paras pencemaran berbahaya adalah PM 2.5, di mana partikel boleh meresap ke dalam paru-paru dan menyebabkan penyakit masalah pernafasan, antara yang terburuk di dunia dengan lebih 190 pada indeks kualiti udara.

Perkhidmatan bomba Australia sering kali cuba untuk melakukan pembakaran pengurangan bahaya di luar bulan musim panas, membersihkan serpihan di hutan yang boleh menyebabkan kebakaran.

Namun mereka terpaksa merangka semula rancangan bagi pembakaran seterusnya semalam apabila pencemaran mencapai paras amat bahaya dan beberapa kumpulan kesatuan memberitahu pekerja agar berhenti bekerja sekiranya asap semakin tebal.

“Angin ringan dan satu pengosangan semalaman telah mengakibatkan kemunculan asap di kawasan tanah rendah,” menurut jabatan bomba.

Kebakaran yang membakar sebahagian timur Australia pada 2019-2020, mengorbankan 33 orang, memusnahkan lebih 3,000 rumah dan menyebabkan Sydney serta beberapa bandar lain diselubungi jerebu selama beberapa bulan.

Perubahan iklim dipercayai telah membuatkan musim kebakaran lebih panjang dan lebih berbahaya, termasuk mengehadkan rangka masa ketika kebakaran terkawal boleh dilakukan dengan selamat. — AFP

Advertisement