Anda di sini

PKPD di 11 lagi lokasi di Sarawak

Advertisement
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

KUCHING: Sebelas lagi kawasan merangkumi lapan rumah panjang diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata antara rumah panjang yang dikenakan arahan PKPD adalah Rumah (Rh) Tiut Usit Sungai Setulan, Jalan Pesisir Kuala Tatau di Tatau yang mana PKPD berkuat kuasa dari 28 April hingga 11 Mei 2021.

Selain itu Rh Mujah Atin di Batu 12, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu (28 April hingga 11 Mei 2021); Rh Sam Sumbang, Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu (29 April hingga 12 Mei 2021) serta Rh Ajah Umkar Sg Serupai Baru, Tatau (29 April hingga 12 Mei 2021).

"Sementara itu PKPD juga dikenakan di Rh Saran Belang, Nanga Tau, Tatau ( dari 1 hingga 14 Mei 2021); Rh Nelson Gima, Kuala Setiam, Jalan Pesisir Kuala Tatau, Bintulu (2 hingga 15 Mei 2021);  Rh Jungan Mitoh, Sg Mas KM25, Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu (2 hingga 15 Mei 2021) dan Rh Jembu Ensor, Rantau Sukat Roban, Betong (3 hingga 17 Mei 2021).

"Selain rumah panjang turut dikenakan PKPD, dua buah kampung iaitu Kampung Bungey, Debak, Betong (5 hingga 18 Mei 2021) dan Kampung Tanjung, Hulu Saratok (5 hingga 18 Mei 2021)," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Manakala satu lagi yang dikenakan PKPD melibatkan kuaters pekerja Forescom Plywood Sdn Bhd, Bintulu (29 April hingga 12 Mei 2021).

JPBNS turut memaklumkan dua lagi rumah panjang dilanjutkan tempoh PKPD iaitu  Rh Dinggai Sg Amut Atas Lubok Pisang, Pakan (06 hingga 19 Mei 2021) dan Rh Jawa, Sungai Kerubong Selalang, Sarikei (06 hingga 12 Mei 2021)

"Hari ini juga jawatankuasa telah memutuskan untuk menamatkan PKPD Rh Naning, Sungai Baji, Sarikei memandangkan keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu. 

"Di samping itu juga tiada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular di kawasan tersebut," katanya.

  • oleh
  • Advertisement