Anda di sini

PKBS sumbang 100 bakul makanan Ramadan

Advertisement
 Ustaz Aziz menerima sumbangan daripada Cikgu Darmawan disaksikan beberapa AJK masjid.
TERIMA SUMBANGAN: Ustaz Aziz menerima sumbangan daripada Cikgu Darmawan disaksikan beberapa AJK masjid.

LAHAD DATU: Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) Lahad Datu menyumbangkan 100 bungkusan bakul makanan Ramadan bagi menyertai program Bakul makanan Ramadan 1442H/2021M anjuran Masjid Nurul Aman yang berlangsung di perkarangan masjid itu baru-baru ini.

Sumbangan PKBS itu disertai 50 buah bakul makanan lagi daripada Redwan Trading disampaikan sekali oleh Bendahari PKBS Cikgu Dermawan Haji Asaad Palancoi kepada Timbalan Pengerusi Masjid Nurul Aman Ustaz Aziz Sarail.

Pengerusi Biro Imarah Masjid itu Cikgu Ramdin Ahmad yang juga Pengerusi Pelaksana ketika ditemui dimajlis itu merakamkan ucapan terima kasih kepada PKBS, Redwan Trading, KRT Taman Aman Jaya yang turut menyumbang 70 bakul, Haji Ismail Daham pemilik Restoran Saujana dan semua penyumbang perseorangan yang berbentuk bahan makanan dan kewangan.

"Atas sumbangan yang besar dan bermakna itu dapatlah jawatankuasa biro ini mengagih-agihkan kepada fakir miskin di luar dan sekitar kawasan Taman Aman," katanya.

Tambahnya, Ahli Jawatankuasa Masjid menyasarkan 500 buah bakul makanan Ramadan bagi tujuan diagih-agihkan kepada masyarakat yang memerlukan disamping meringankan sedikit beban mereka  dalam keadaan COVID-19 yang semakin meningkat di daerah ini.

Terdahulu daripada itu ahli Jawatankuasa Biro Imarah Masjid itu juga menyumbangkan juadah iftar untuk petugas SJR Taman Aman yang terdiri daripada PDRM, APM dan RELA yang bertugas selama 24 jam di kawasan itu.

Sepanjang program ini dijalankan turut dihadiri oleh Pengerusi Masjid Haji Yusuf Nanung, Timbalan Pengerusi Ustaz Abd Aziz Sarail, Setiausaha Ustaz Samsiddin, Bendahari Haji Jumain Eskandar, Penolong Setiausaha Arsani Alam dan Penolong Bendahari Cikgu Abd Razak serta beberapa AJK masjid itu. 

  • oleh
  • Advertisement