Anda di sini

PAS Kinabatangan eratkan ukhuwah rentasi ideologi parti

Advertisement
 Sesi agihan bubur lambuk kepada penduduk kampung.
AGIHAN: Sesi agihan bubur lambuk kepada penduduk kampung.

KINABATANGAN: PAS Kawasan Kinabatangan membuat penampilan berbeza dalam mengisi program Ramadan bersama masyarakat tahun ini dengan menggabungkan program dakwah dan pengedaran bubur lambuk percuma.

Program Semarak Ukhuwah Ramadan yang berlangsung pada Ahad di Kampung Sungai Lokan dan Kampung Sangau yang terletak di pedalaman Kinabatangan telah dipilih sebagai lokasi pertamanya.

Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah merangkap Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan Azrin Razaly berkata, pengisian kali ini meibatkan kuliah dan aktiviti memasak bubur lambuk secara bergotong-royong bersama pimpinan dan komuniti setempat.

"Misi dakwah kali ini disertakan dengan edaran bubur lambuk secara gotong-royong yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan penduduk setempat.

"Aplikasi kaedah agihan adalah secara serahan rumah ke rumah namun ia mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang mana setiap ahli jawatankuasa JPKK akan mengagihkannya di kawasan masing-masing," katanya.

Program yang diadakan itu turut melibatkan JPKK  Kampung Sungai Lokan dan Kampung Sangau.

"Kami komited untuk memastikan segala bentuk hubungan baik dan kerjasama dijalinkan dengan baik walaupun berbeza parti dan ideologi bagi membina ukhuwah sesama ummah," katanya.

  • oleh
  • Advertisement