Anda di sini

Komuniti Bisaya Labuan terima bubur kacang daripada ADUN Klias

Advertisement
 Anjam (kanan) menyampaikan bubur kacang dan air bandung kepada salah seorang warga Komuniti Bisaya Labuan.
KONGSI REZEKI: Anjam (kanan) menyampaikan bubur kacang dan air bandung kepada salah seorang warga Komuniti Bisaya Labuan.

LABUAN: Komuniti Bisaya Labuan telah menganjurkan program Kongsi Rezeki Bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias di Kampung Kilan Pulau Akar, baru-baru ini. 

Program yang bermula seawal jam 3 petang itu merupakan hasil sumbangan ikhlas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Isnin Aliasnih yang juga Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. 

Turut hadir sama dalam program itu ialah Setiausaha Komuniti Bisaya Labuan Anjam Haji Ucho yang mewakili Pengerusi Komuniti Bisaya Labuan Asnoin Chaplin.

Anjam berkata, program itu bertujuan mengimarahkan lagi bulan Ramadan bersama warga Komuniti Bisaya Labuan. 

Selain itu, katanya, dengan penganjuran program sebegini sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga Komuniti Bisaya Labuan. 

"Komuniti Bisaya Labuan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ADUN Klias Datuk Isnin Aliasnih yang sudi memberikan sumbangan sekaligus menjayakan program itu," katanya.

Sumbangan ikhlas berbentuk bubur kacang dan juga air bandung ini dikhususkan kepada kira-kira 100 warga Komuniti Bisaya Labuan yang hadir dan lebihannya diberikan kepada penduduk di kawasan itu. 

Proses penyediaan bubur kacang dan air bandung turut disertai oleh Anjam Haji Ucho dengan dibantu oleh warga Komuniti Bisaya Labuan. 

Semua persiapan dilakukan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan COVID-19..

Advertisement