Anda di sini

Komuniti Bisaya Labuan agih pek juadah kepada penduduk

Advertisement
 Anjam (kiri) menyampaikan pek juadah kepada salah seorang penduduk di lokasi.
AGIH: Anjam (kiri) menyampaikan pek juadah kepada salah seorang penduduk di lokasi.



LABUAN : Masyarakat Bisaya di Labuan tidak ketinggalan merasai suasana Ramadhan menerusi program Kongsi Rezeki Bersama DUN Klias iaitu agihan pek juadah berbuka yang dilaksanakan Komuniti Bisaya Labuan.


Pek juadah berbentuk bubur kacang dan air Bandung itu diagihkan kepada warga Bisaya di Labuan dan orang ramai di hadapan Gerai Kampung Kilan Pulau Akar yang dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.


Program Kongsi Rezeki yang dilaksanakan itu merupakan sumbangan daripada Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias.


Setiausaha Komuniti Bisaya Labuan, Anjam Ucho yang mewakili Pengerusi Komuniti Bisaya Labuan berkata program itu bukan sahaja bertujuan mengimarahkan bulan Ramadhan tetapi juga pada masa sama mengukuhkan ukhuwah warga Komuniti Bisaya Labuan.


Mengenai persiapan dalam menyediakan pek juadah itu, Anjam memberitahu ianya dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.

 Pek juadah berbuka turut diagihkan secara pandu lalu kepada penduduk di lokasi.
AGIH: Pek juadah berbuka turut diagihkan secara pandu lalu kepada penduduk di lokasi.


Dalam pada itu, Isnin turut menitipkan pesanan kepada masyarakat supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengurangkan jangkitan seterusnya melandaikan kes COVID-19.


Katanya usaha itu penting bagi mempercepatkan proses memulihkan keadaan yang ketika ini telah menjejaskan banyak sektor ekonomi serta melambatkan perancangan pembangunan.


Justeru jelas Isnin, pematuhan terhadap SOP amat penting dan tidak seharusnya dipandang ringan oleh semua pihak termasuk masyarakat kerana virus itu bukan sahaja menjejaskan keseluruhan ekonomi tetapi turut meragut nyawa rakyat di negara ini.

  • oleh
  • Advertisement