Anda di sini

Kerjasama masyarakat mampu kekang jenayah

Advertisement
 Abu Bakar menyerahkan kurma kepada Dzulbaharin dalam satu majlis ringkas di IPD Kinabatangan.
SUMBANGAN: Abu Bakar menyerahkan kurma kepada Dzulbaharin dalam satu majlis ringkas di IPD Kinabatangan.

KINABATANGAN: Kerjasama masyarakat setempat berkongsi maklumat jenayah dengan pihak polis mampu membantu dalam pencegahan jenayah di daerah ini.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag Abu Bakar Gapar berkata, kerjasama antara masyarakat dengan pihak polis sangat penting untuk mengekang masalah jenayah bagi mewujudkan suasana selamat dan harmoni.

"Masyarakat berperanan sebagai 'mata dan telinga' pihak berkuasa untuk memerangi sebarang bentuk kes jenayah di persekitaran mereka," katanya.

Beliau berkata, slogan Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada perlu diadaptasikan untuk memperkukuhkan hubungan dengan pihak polis dan begitu juga pasukan polis dengan masyarakat.

Menurutnya, masyarakat perlu sedar mereka juga berperanan penting untuk turut sama membantu membendung jenayah.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan kurma daripada Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag Datuk Seri Bung Moktar Radin kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan di sini semalam.

Abu Bakar turut meminta masyarakat agar mengamalkan norma baharu dalam kehidupan harian bagi membendung penularan wabak COVID-19.

“Kita tiada pilihan melainkan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan yang perlu diperkukuhkan dalam kalangan masyarakat dan komuniti setempat.

“Prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan penjarakan fizikal, amalan kebersihan, pemakaian pelitup muka di samping menjauhi 3C (crowded places, confined spaces dan close conversation) perlu menjadi amalan di setiap masa tanpa kompromi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintenden Dzulbaharin Ismail merakamkan penghargaan atas sumbangan berkenaan.
 

  • oleh
  • Advertisement