Anda di sini

Dua PKRC beroperasi di Mukah susulan peningkatan kes COVID-19

Advertisement
 

MUKAH: Kedua-dua Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Mukah akan digunakan bermula hari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah merangkap Residen Bahagian Mukah Hamdiah Bakir (gambar), ini kerana terdapat pertambahan kes positif harian di daerah ini.

"Kita akan guna kedua-duanya (PKRC) bermula hari ini," katanya kepada Utusan Borneo, hari ini.

Setiap PKRC akan menempatkan 150 orang pesakit.

Daerah ini mempunyai dua PKRC iaitu di Kem Belia Mukah dan di Dewan Politeknik Mukah.

PKRC yang pertama beroperasi adalah PKRC Kem Belia Mukah namun dipindahkan ke Dewan Politeknik setelah terdapat peningkatan kes.

Menurut rancangan asal, PKRC Dewan Politeknik akan ditutup dan hanya PKRC Kem Belia akan digunakan apabila kes harian menurun.

Namun, lonjakan kembali kes harian di daerah ini beberapa hari lalu memaksa kedua-dua PKRC untuk beroperasi bagi menampung semua pesakit COVID-19 di daerah ini.

Daerah Mukah berada dalam zon merah sejak 11 April lalu dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) masih dikenakan di dua kawasan iaitu di Sungai Duan dan Bukit Dinding-Bergerik, Jalan Mukah-Selangau.

  • oleh
  • Advertisement