Anda di sini

Dibenar sambut Aidilfitri tujuh hari

Advertisement
 

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini memutuskan sambutan Hari Raya Aidilfitri hanya dibenarkan pada hari pertama hingga hari ketujuh.

Ia juga cuma dihadkan untuk ahli keluarga terdekat.

"Garis Panduan (SOP) terperinci boleh didapati di dalam laman rasmi Majlis Islam Sarawak," kata JPBNS menerusi kenyataan.

Mengenai notis kompaun dikeluarkan, JPBNS berkata polis telah mengeluarkan tiga kompaun iaitu dua di Kuching dan satu di Bintulu kerana melanggara prosedur operasi standard (SOP).

Dua daripada kompaun dikeluarkan kerana berada di premis makanan melebihi masa yang ditetapkan sementara satu kompaun dikenakan ke atas premis gagal menghadkan bilangan pelanggan masuk ke premis.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 6,197 kompaun," katanya.

Jawatankuasa berkata manakala, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah mengeluarkan empat  kompaun di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (2), Majlis Daerah Dalat  dan Mukah (1) dan Majlis Bandaraya Miri (1).

Katanyatiga  kompaun dikenakan atas kesalahan beroperasi melebih masa yang ditetapkan sementara satu kompaun atas kesalahan catatan buku rekod tidak lengkap.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 166 kompaun.

Advertisement