Anda di sini

620 kes COVID-19 baharu di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Sarawak mencatatkan 620 kes baharu COVID-19 hari ini dengan 64 peratus daripadanya dikesan di daerah Bintulu, Miri, Kapit, Sibu dan Bukit Mabong.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Bintulu merekodkan kes harian tertinggi hari ini iaitu 128 kes.

Manakala daerah lain, Miri (82), Kapit (81), Sibu (55), Bukit Mabong (51), Kanowit (42), Sri Aman (27), Belaga (26), Kuching (18), Beluru (16), Lundu (12), Subis (12), Saratok (11), Tebedu (10), Song (7), Pakan (6), Sarikei (5), Sebauh (5), Tatau (4), Betong (4), Selangau (4), Bau (4), Mukah (3), Meradong (2), Dalat (2), Tanjung Manis (2) dan Serian (1).

Jawatankuasa berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 32,667 kes di Sarawak.

"Daripada 620 kes baharu yang dilaporkan, seramai 53 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan

"Manakala, seramai 557 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin," katanya.

Sementara itu Sarawak juga hari ini merekodkan empat lagi kematian dan ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan dengan jumlah keseluruhan 188 orang.

"Kes kematian ke-185 melibatkan seorang wanita berumur 57 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Bintulu kerana mengalami masalah kesukaran bernafas dan disahkan meninggal dunia pada 2 Mei 2021.

"Kematian ke-186 melibatkan seorang wanita berusia 78 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Bintulu kerana mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas dan disahkan meninggal dunia pada 2 Mei 2021," katanya.

Menurut jawatankuasa, bagi kematian ke-187 melibatkan seorang lelaki berumur 53 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Miri kerana mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas dan kes disahkan meninggal dunia pada 3 Mei 2021.

Bagi kes ke-188 ia melibatkan wanita berusia 44 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala batuk, sakit tekak, kelesuan badan dan kesukaran bernafas dan kes disahkan meninggal dunia pada 3 Mei 2021.

  • oleh
  • Advertisement