Anda di sini

Sniker Kanye West pecah rekod, dijual pada AS$1.8 juta

Advertisement
 

SEPASANG Nike Air Yeezy 1s yang telah dipakai penyanyi rap Kanye West telah dijual dengan harga AS$1.8 juta, tiga kali ganda daripada rekod untuk kasut sniker, ketika pasaran meningkat untuk kasut istimewa.

Kasut itu melepasi rekod yang dipegang oleh sepasang kasut Nike Air Jordan 1s yang telah terjual dengan harga AS$615,000 pada Ogos 2020 semasa jualan bida Christie.

Harga rekod jualan sniker telah dipecah beberapa kali dalam menyaksikan pasaran ‘niche’ 10 tahun lalu kini menarik minat khalayak ramai serta pengumpul koleksi.

“Jualan itu merekodkan harga jualan sniker paling tinggi. Jualan itu juga mencatatkan sepasang sniker pertama yang dijual melebihi AS$1 juta,” kata Sotheby dalam sebuah kenyataan.

Yeezy hitam itu dipakai oleh West semasa Anugerah Grammy 2008  ketika beliau mempersembahkan ‘Hey Mama’ dan ‘Stronger’.

Sniker itu merupakan kolaborasi antara Nike dan West, merupakan sebuah prototaip, dengan model akhir itu tidak berada di pasaran sehingga April 2009.

Kasut tersebut diperolehi oleh RARES, pasaran pelaburan sniker yang membolehkan pengguna untuk melabur dalam kasut istimewa dalam kasut atletik.

Pengguna boleh membeli syer untuk sepasang kasut, sama seperti pelabur membeli saham dalam syarikat.

RARES, dilancarkan pada Mac oleh bekas pemain bola sepak Amerika Gerome Sapp, membeli Air Yeezy 1s itu melalui jualan persendirian daripada pengumpul sniker Ryan Chang.

Harga jualan itu melebih jangkaan AS$1 juta Sotheby.

Sniker itu dijangka untuk disenaraikan dalam platform “jual beli saham” pada sekitar AS$15-20  per syer pada Jun 16.

Sebelum membuat kolaborasi bersama West, Nike telah menamakan kasut mereka dalam penghormatan kepada atlet terkenal.

Air Yeezy 1 dilancarkan dalam edisi terhad pada 2009, diikuti Air Yeezy 2 pada 2012.

Kebanyakan Air Yeezy 1s dijual pada harga di antara AS$2,000 dan AS$4,000 bergantung dengan model.

West mulanya bekerjasama dengan Nike sebelum bertukar arah ke Adidas untuk menghasilkan jenama sendiri.

Brahm Wachter, ketua fesyen pakaian jalanan dan pengumpul baharu bersama Sotheby, menyatakan harga tersebut “membuktikan legasi Kanye sebagai salah seorang pereka cipta pakaian dan sniker yang paling berpengaruh dalam era ini, dan francais Yeezy yang dibina beliau telah menjadi sebuah gergasi industri.” — AFP

Advertisement