Anda di sini

Oscar catat rekod terendah, penonton kurang separuh

Advertisement
 (Dari kiri) Pengeluar Peter Spears, Frances McDormand, Chloe Zhao, Mollye Asher dan Dan Janvey, pemenang filem terbaik untuk ‘Nomadland’ bergambar di bilik media semasa majlis anugerah Oscar baru-baru ini.  — Gambar AFP
FILEM TERBAIK OSCAR 2012: (Dari kiri) Pengeluar Peter Spears, Frances McDormand, Chloe Zhao, Mollye Asher dan Dan Janvey, pemenang filem terbaik untuk ‘Nomadland’ bergambar di bilik media semasa majlis anugerah Oscar baru-baru ini. — Gambar AFP

JUMLAH penonton Oscar tahun ini menjunam lebih daripada separuh dan mencatat rekod terendah kepada 9.85 juta penonton, kata penerbit ABC, penurunan yang sudah dijangka untuk penganugerahan yang menurut rata-rata penonton sebagai kurang unsur jenaka dan kehadiran bintang.

Penurunan besar sebanyak 58 peratus daripada tontonan 23.6 juta tahun lepas, dan tontonan paling rendah itu telah dijangka untuk malam paling gemilang Hollywood itu, selepas rancangan anugerah lain yang berlangsung semasa pandemik juga mengalami penurunan tontonan.

Dengan pawagam tutup hampir sepanjang tahun, ramai penonton tidak menonton mahupun mengetahui calon-calon seperti filem ‘Nomadland’ oleh Chloe Zhao, yang merupakan pemenang utama malam tersebut dengan tiga penganugerahan namun hanya meraih lebih AS$2 juta dalam pecah panggung domestik.

Beberapa filem blokbuster yang sepatutnya membintangi Oscar tahun ini menyaksikan tarikh tayangan mereka dianjak ke tahun depan ekoran pandemik ini.

Kelapangan itu meninggalkan beberapa calon kurang dikenali bertanding dalam acara tersebut, dengan Daniel Kaluuya dan Youn Yuh-jung memenangi pelakon pembantu Oscar setahun selepas Brad Pitt dan Laura Dern menang anugerah berkenaan.

Ada seorang nama terkenal menang, namun sedang tidur di atas katil 5,000 batu di Wales, Anthony Hopkins, yang tanpa disangka dikalungkan pelakon lelaki terbaik untuk ‘The Father’ dalam anugerah terakhir malam tersebut.

Majlis anugerah Oscar kebiasaannya berakhir dengan filem terbaik, namun penerbit telah membuat keputusan untuk merombak kategori, dan tanpa ucapan penerimaan di hujung rancangan gemilang itu telah dikritik oleh ramai penonton sebagai anti-klimaks.

“Pada usia 83 tahun, saya tidak menjangka untuk mendapat anugerah ini, saya amat tidak sangka,” kata Hopkins dalam sebuah video yang dimuatnaik dari laman Instagram beliau dari Wales pada pagi selepas majlis itu berlangsung.

“Saya hendak memberi penghormatan kepada Chadwick Boseman yang telah diambil daripada kita terlalu awal,” tambahnya, merujuk kepada mendiang bintang ‘Black Panther’ itu yang dijangkakan membawa pulang pelakon terbaik untuk watak terakhir beliau dalam ‘Ma Rainey’s Black Bottom’.

Anugerah Oscar luar biasa tahun ini telah dipindahkan dari panggung Hollywood kepada stesen keretapi Los Angeles bagi mematuhi protokol tegas COVID-19, yang telah menyatukan pembuat filem dan pelakon Hollywood secara bersemuka buat kali pertama dalam lebih setahun.

Pandangan terhadap rancangan itu bercampur-baur, sebahagian mengkritik tentang kekurangan jenaka dan persembahan muzikal.

Ramai penonton mengecam keputusan untuk melangsungkan acara itu tanpa hos bagi tahun ketiga berturut-turut, menggelar majlis itu “sesat dan tanpa hala tuju.”

Namun keputusan untuk mengecualikan persembahan muzikal serta klip filem pencalonan, yang membenarkan pemenang untuk memberi ucapan penuh tanpa “dipintas” oleh okestra, telah mendapat pujian. — AFP

Advertisement