Anda di sini

Penyiasat geledah apartmen peguam Trump

Advertisement
 Anggota media berhimpun di luar sebuah bangunan ketika para penyiasat menggeledah kediaman Giuliani di New York kelmarin. — Gambar AFP
GELEDAH: Anggota media berhimpun di luar sebuah bangunan ketika para penyiasat menggeledah kediaman Giuliani di New York kelmarin. — Gambar AFP

NEW YORK: Pasukan penyiasat negara menggeledah apartmen di New York milik peguam persendirian bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Rudy Giuliani, pada awal kelmarin dalam satu siasatan tentang penglibatannya dengan Ukraine.

Para penyiasat dengan waran geledah meneliti kediaman Giuliani dan sebuah pejabat berasingan, menyita peralatan elektronik.

Mereka turut merampas satu telefon milik peguam negara Washington, Victoria Toensing, yang telah menjadi penasihat Trump dan be-kerja bersama Giuliani dalam perihal berkaitan Ukraine, menurut laporan berita.

Giuliani, pernah menggalas tugas sebagai pendakwa raya utama New York serta datuk bandar daerah itu, merupakan peguam persendirian Trump ketika presiden itu didakwa pada Disember 2019 kerana meminta bantuan politik daripada Ukraine.

Giuliani meluangkan beberapa bulan dalam usaha membantu Trump mencari ‘kotoran’ di Ukraine terhadap lawan pilihan raya Joe Biden dan anak lelakinya Biden Hunter, semasa 2018-2020.

Siasatan di sebalik penggeledahan kelmarin juga merungkaikan Giuliani bertugas dengan bayaran untuk ahli perniagaan Ukraine dalam masa yang sama, melanggar undang-undang AS yang menentang kegiatan melobi tidak berdaftar untuk entiti luar.

Dua warga kelahiran Ukraine, Lev Parnas dan Igor Fruman, yang  menjadi kakitangan Giuliani dalam pelaksanaan ini telah dicekup pada Oktober 2019 dan disabit kesalahan atas menyalurkan bajet besar secara haram kepada komiti penggumpul dana penyokong Trump.

Menurut laporan, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) serta pendakwa raya Jabatan Kehakiman di New York telah mewartakan waran geledah bagi telefon bimbit Giuliani tahun lepas, namun mereka dinafikan sementara Trump masih berkuasa dalam pentadbiran, sehingga 20 Januari.

Di bawah pentadbiran pe-guam negara baharu, Merrick Garland, dalam pentadbiran Presiden Biden kini, waran itu diluluskan serta-merta.

FBI dan Jabatan Kehakiman enggan memberi komen ke atas penggeledahan mahupun penyiasatan tersebut.

Penyiasatan terhadap pe-guam, terutama mereka yang mewakili seorang presiden, adalah amat sensitif oleh kerana perlindungan yang mereka perolehi atas perbincangan istimewa dengan klien.  

Selain itu, peguam per-sendirian Trump sebelum ini, Michael Cohen, dihumban ke penjara pada 2019 selepas mengaku bersalah atas tuduhan termasuk membayar wang sogokan kepada dua wanita yang mengaku mereka telah meniduri Trump, atas kesalahan penipuan cukai, dan kesalahan menipu Ko-ngres.

Siasatan dakwaan terhadap Trump merungkai banyak penglibatan Giuliani dalam berurusan dengan Ukraine. Beliau didapati mengambil bahagian menggalakkan ahli politik dan perniagaan berpengaruh kuat Ukraine dalam menyaksikan Trump memecat duta AS, Masha Yovanovitch.

Beliau juga telah memberi tekanan kepada kerajaan Kiev untuk membekalkan maklumat bagi menyokong dakwaan tidak berasas Trump bahawa calon lawan pilihan raya Demokratik Biden telah terlibat dengan urusan rasuah dalam negara itu.

Pada 11 Januari, Perben-daharaan AS menghukum empat warga Ukraine yang dikatakan membantu Giuliani dalam usaha ‘menconteng arang’ pada Biden sebelum pilihan raya 2020.

Urusan Ukraine bukan kes dakwaan tunggal yang dihadapi Giuliani.

Pada Januari beliau telah disaman oleh pembuat mesin undi sejumlah AS$1.3 juta kerana menyebar tuduhan selepas pilihan raya pre-siden pada November bahawa mesin mereka terlibat dalam penipuan undi yang mengakibatkan kekalahan Trump.

Tiada sebarang tanda nyata yang membuktikan penipuan telah berlaku dalam pilihan raya tersebut. — AFP

Advertisement