Anda di sini

Kematian COVID-19 di Brazil lepasi 400,000

Advertisement
 
 

MOSCOW: Sebanyak 3,001 lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Brazil dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 401,186, kata Kementerian Kesihatan pada Khamis, lapor Sputnik.

Jumlah kes yang disahkan di negara ini pula meningkat sebanyak 69,389 kepada 14,590,678 kes dalam tempoh yang sama.

Lebih 13.15 juta orang telah pulih sejak pandemik bermula.

Daripada segi jumlah kematian Brazil di kedudukan kedua selepas Amerika Syarikat dan ketiga daripada segi jumlah kes selepas Amerika Syarikat dan India.

Sehingga kini, lebih 149.93 juta orang telah dijangkiti COVID-19 di seluruh dunia, dengan lebih 3.15 juta kematian, menurut data Universiti Johns Hopkins. - BERNAMA

Advertisement