Anda di sini

Judi dalam talian, empat individu didenda

Advertisement
 

KUCHING: Tiga warga Indonesia dan seorang warga tempatan didenda RM20,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana terlibat judi dalam talian. 

Kian Li Ching, 28, Janto, 33, Jansia, 30 dan Nicholas Thoo Voon Kiat, 23, mengaku bersalah sebaik pertuduhan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dibacakan terhadap mereka. 

Sehubungan itu, Majistret Zaiton Anuar memerintahkan setiap tertuduh didenda RM20,000 setiap seorang atau penjara lima bulan sekiranya gagal membayar.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa mengendalikan mesin perjudian berupa dua komputer riba pada 6 April lalu, jam 9 malam di sebuah pangsapuri di Jalan Stapok Utama.

Hasil analisa pakar judi mengesahkan dua set komputer riba berkenaan sebagai mesin perjudian kerana terdapat aplikasi kiosk judi ‘918 Kaya’ di dalamnya. 

Selain komputer riba, turut dirampas adalah tetikus, papan kekunci dan modem. 

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dilaporkan membayar denda. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang. 

  • oleh
  • Advertisement