Anda di sini

AS hantar bekalan COVID-19 bernilai AS$100 juta kepada India

Advertisement
 Mayat beberapa pesakit COVID-19 dilihat di sebuah kawasan pembakaran mayat di New Delhi, kelmarin. — Gambar AFP
RITUAL TERAKHIR: Mayat beberapa pesakit COVID-19 dilihat di sebuah kawasan pembakaran mayat di New Delhi, kelmarin. — Gambar AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin menyatakan mereka telah menyalurkan lebih AS$100 juta dalam bentuk pertolongan kepada India yang sedang dilanda COVID-19, termasuk hampir sejuta peralatan ujian segera dalam penerbangan pertama.

Rumah Putih berkata penghantaran pertama tiba pada Khamis di New Delhi dalam pesawat tentera, beberapa hari setelah Presiden Joe Biden berjanji untuk meningkatkan bantuan kepada negara sekutu AS itu.

Penghantaran pertama itu termasuk 960,000 ujian se-gera, yang mampu mengesan COVID-19 dalam masa 15 minit, dan 100,000 pelitup muka N95 untuk kakitangan barisan hadapan, kata Agensi AS dalam Pembangunan Antarabangsa.

Rumah Putih menyatakan jumlah pertolongan dalam penerbangan bernilai lebih AS$100 juta termasuk 1,000 silinder oksigen yang boleh diisi semula dan 1,700 pemekat yang boleh menghasilkan oksigen daripada udara buat pesakit.

“Seperti India telah menghantar bantuan kepada AS ketika hospital kami sesak awal pandemik, Amerika Syarikat berazam untuk menolong India ketika mereka memerlukan,” kata sebuah kenyataan Rumah Putih.

Rumah Putih berkata mereka juga sedang menghantar bekalan ke India bagi menghasilkan lebih 20 juta dos vaksin.

Bekalan itu berubah haluan daripada arahan AS untuk menghasilkan vaksin AstraZeneca, yang penggunaannya belum lagi diluluskan dalam AS.

Rumah Putih telah berjanji pada Ahad untuk meng-agihkan bekalan agar India boleh menghasilkan Covi-shield, versi kos rendah AstraZeneca, setelah mendapat kritikan bahawa AS membolot bekalan vaksin walaupun telah berjaya melaksanakan pemvaksinan beramai-ramai.

Negara-negara sedang menghulurkan bekalan kepada India yang berhadapan dengan kadar penularan COVID-19 paling tinggi di dunia sejak pandemik itu bermula, memenuhkan hospital dan membanjiri pusat pengebumian melebihi kapasiti.

Malapetaka itu masih menimpa meskipun India merupakan pengeluar utama vaksin. — AFP

Advertisement