Anda di sini

Artis Rocketfuel bergabung nyanyi lagu ‘Aidilfitri Lembaran Baru’

Advertisement
 Lagu ‘Aidilfitri Lembaran Baru’ terbitan Rocketfuel Records ini menampilkan Syamel dan Ernie Zakri bersama Ara Johari, Masya Masyitah, Usop dan Ruffedge.
LAGU RAYA: Lagu ‘Aidilfitri Lembaran Baru’ terbitan Rocketfuel Records ini menampilkan Syamel dan Ernie Zakri bersama Ara Johari, Masya Masyitah, Usop dan Ruffedge.

PENYANYI pasangan suami isteri Syamel dan Ernie Zakri bersama Ara Johari, Masya Masyitah, Usop dan Ruffedge bergabung suara untuk menyanyikan sebuah lagu Raya terbaharu berjudul ‘Aidilfitri Lembaran Baru’.

Lagu terbitan Rocketfuel Records yang dicipta oleh komposer legenda S.Atan dan Siso Kopratasa itu mengisahkan tentang suasana persediaan menyambut hari raya dalam keadaan norma baharu namun masih mengekalkan keceriaan dan semangat yang sama seperti dulu.

Syamel dan Ernie berkata, lagu ini juga sebagai pesanan walaupun ketika dunia menduga kita, jadikanlah ia kekuatan untuk mengharungi dan sebagai lembaran baru dalam kisah kehidupan di bumi ini.

Rocketfuel Records berharap, lagu ‘Aidilfitri Lembaran Baru’ itu juga dapat mengubat isi jiwa masyarakat yang masih bertarung dengan pandemik global Covid-19 pada waktu ini.

Menurut Ketua Label Muzik Rocketfuel Records, Feros Sayna, “Dalam keadaan pandemik ini, kita tak perlu terus bersedih apabila sekali lagi terpaksa menyambut Aidilfitri dalam penuh kesuraman.

“Justeru itu, saya menaruh kepercayaan dengan S.Atan dan Siso Kopratasa untuk menaikkan kembali semangat masyarakat menerusi lagu ‘Aidilfitri Lembaran Baru’ ini,” katanya lagi.

Lagu ‘Aidifitri Lembaran Baru’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music.

Muzik video lagu ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Advertisement