Anda di sini

Amang seksual, tertuduh mengaku tidak bersalah

Advertisement
 

MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang budak perempuan berusia 12 tahun.

Raya Ebel, 57, dari Kampung Siwa, Jalan Bakam telah didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertubuhan kes, tertuduh telah dituduh melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang budak perempuan berusia 12 tahun selepas meraba tubuh dan kemaluan mangsa bagi maksud seksual.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1 petang, 13 April lalu di rumahnya di Kampung Siwa Jaya, Bakam di sini. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nor Sollihin Salleh memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangkan tertuduh telah mengaku tidak bersalah. 

Beliau kemudian mencadangkan agar tertuduh dibebas dengan jaminan RM20,000 beserta dua penjamin tempatan memandangkan kesalahan yang dilakukannya adalah serius. 

Bagaimanapun, peguam bela Shikh Rajjish Ahmad yang mewakili tertuduh membantah jumlah jaminan yang dicadangkan pihak pendakwa dengan alasan jaminan dikenakan adalah untuk memastikan tertuduh hadir di mahkamah dan bukan membebankannya. 

Hakim Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff kemudian menetapkan 25 Mei depan untuk pengurusan kes. 

Manakala tertuduh diperintahkan supaya dibebas dengan jaminan tunai RM8,000 dengan isterinya sebagai penjamin.

  • oleh
  • Advertisement