Anda di sini

Perancis tawar bantuan peralatan oksigen kepada India

Advertisement
 Seorang lelaki bernafas dengan bantuan peralatan oksigen yang disediakan oleh Gurdawara, sebuah rumah ibadat Sikh, di Ghaziabad kelmarin. — Gambar AFP
KRITIKAL: Seorang lelaki bernafas dengan bantuan peralatan oksigen yang disediakan oleh Gurdawara, sebuah rumah ibadat Sikh, di Ghaziabad kelmarin. — Gambar AFP

PARIS: Perancis akan menghantar beberapa unit penjana oksigen sebagai bantuan per-ubatan untuk membantu India dalam memerangi lonjakan gelombang kedua COVID-19, umum Kementerian Luar kelmarin.

“Operasi solidariti khas” dilakukan sebagai tindak balas terhadap keperluan yang dinyatakan oleh pihak berkuasa India dan atas permintaan Presiden Emmanuel Macron, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian itu.

Bantuan itu juga merupakan sebahagian daripada Mekanisme Perlindungan Awam Kesatuan Eropah (UCPM) yang diaktifkan oleh Suruhanjaya Eropah untuk Pengurusan Krisis pada 25 April lepas dan diberi semasa India dilaporkan menghadapi krisis oksigen yang mendesak di kemudahan kesihatan.

Beberapa hospital di seluruh India melaporkan kekurangan oksigen dan meminta bantuan kecemasan kerana varian virus baharu telah melanda negara itu dengan mencatatkan rekod dalam peningkatan kes harian COVID-19.

Lapan unit penjana oksigen perubatan, masing-ma-sing dengan kapasiti untuk membekalkan oksigen secara berterusan ke 250 katil, akan diangkut pada hujung minggu ini. Ia akan dipasang secara kekal dan mampu menghasilkan oksigen per-ubatan menggunakan udara biasa dan boleh digunakan selama 10 tahun. Penyedia-an peralatan untuk mengisi silinder oksigen juga akan disertakan.

Selain itu, sekurang-kurangnya lima bekas oksi-gen cair, masing-masing dapat menampung sehingga 10,000 pesakit dalam sehari, serta peralatan khusus 28 alat bantuan pernafasan dan 200 pam picagari elektrik turut disumbangkan.

Bahan itu bertujuan untuk bertindak balas terhadap keadaan kece-masan dan juga untuk memperkukuh kemampu-an hospital-hospital India dalam merawat pesakit dan melawan pandemik secara berterusan, kata kenyataan itu.

“Perancis dan India sering bersolidariti dalam masa-masa sukar. Perpaduan ini adalah asas dalam kerja-sama strategik kami dan persahabatan antara rakyat Perancis dan India,” tambahnya. — Bernama

Advertisement