Anda di sini

17 pendatang ditemui mati di luar pulau Canary, Sepanyol

Advertisement

MADRID: Seramai 17 orang ditemui maut kelmarin di dalam sebuah bot yang ha-nyut di luar El Hierro di Pulau Canary, Sepanyol, kata pihak berkuasa, ketika kehadiran pendatang di kepulauan tersebut meningkat di sebalik penyeberangan yang berbahaya.

Sebuah helikopter tentera Sepanyol membawa tiga mangsa yang masih hidup, dua lelaki dan seorang wanita, ke sebuah hospital di pulau Tenerife, menurut perkhidmatan kecemasan tempatan dalam satu ciapan.

Salah seorang lelaki itu berada dalam keadaan serius dengan dehidrasi teruk, tambahnya.

Sebuah pesawat pasukan tentera udara Sepanyol mula mengesan bot itu kira-kira 265 batu nautika di tenggara El Hierro pada pagi kelmarin serta sebuah kapal mencari dan menyelamat telah di-kerahkan ke kawasan itu, kata jurucakap bagi perkhidmatan penyelamat maritim Sepanyol.

Pendatang di dalam bot adalah semuanya rakyat Afrika sub-Sahara, tambahnya.

Ia masih belum jelas dari mana bot itu berlepas.

Pada awal bulan ini empat orang ditemui maut di dalam sebuah bot buatan sendiri yang dijumpai di selatan El Hierro, dengan membawa 23 pendatang.

Merupakan laluan paling singkat, penyeberangan laut ke pulau-pulau Atlantik dari pantai Maghribi adalah kira-kira 100 kilometer, namun ia adalah satu laluan yang sangat berbahaya disebabkan oleh ombak yang kuat. Kapal-kapal biasanya terlalu penuh dan dalam keadaan yang kurang baik.

Ketibaan pendatang di kepulauan itu telah me-ningkat selepas rondaan yang dipertingkatkan di sepanjang pantai selatan Eropah secara dramatik mengurangkan penyeberangan ke benua tersebut melalui Mediterranean.

Kira-kira 3,400 orang tiba di Pulau Canary di antara 1 Januari dan 31 Mac tahun ini, berbanding dengan kurang separuh daripada jumlah tersebut bagi tempoh yang sama pada 2020.

Kumpulan hak asasi memberikan amaran bahawa krisis COVID-19 telah mendorong kesan perjalanan tersebut, dengan mereka yang bekerja dalam industri pelancongan, perikanan atau pekerjaan kasual lain di utara Afrika memilih untuk menyebera-ngi Atlantik, atau membantu orang lain berbuat sedemi-kian dengan bot mereka selepas hilang punca pendapatan akibat kemelesetan ekonomi di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Pada tahun lepas, 1,851 orang maut ketika dalam perjalanan, kata pertubuhan Caminando Fronteras yang mengawasi aliran pendatang. — AFP

Advertisement