Anda di sini

STAR menangi Keningau, Tambunan dari PBS ketika pembangkang

Advertisement
STEPHEN
STEPHEN

TELIPOK: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah mampu mempertahankan kerusi Parlimen Keningau serta DUN Tambunan dengan mudah kiranya berlaku pertembungan dengan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Ketua Bahagian STAR Karambunai Kapitan Stephen Teo berkata, meskipun Setiausaha Agung STAR Datuk Guan Dee Ko Hoi tetap menyifatkan PBS sebagai rakan gabungan, namun akar umbi STAR tidak akan menyerahkan dua kerusi itu secara percuma kepada PBS.

"Akar umbi akan tetap mendesak STAR bertanding sekiranya PBS pimpinan Datuk Dr Maximus Ongkili terus menuntut meletakkan calon partinya di Keningau dan Tambunan," katanya.

Stephen yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menegaskan, andai pertembungan tidak dapat dielakkan, maka tiada masalah bagi STAR untuk mempertahankan dua kerusi berkenaan.

Ini kerana, katanya, Parlimen Keningau dan DUN Tambunan telah dimenangi Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan atas tiket parti pimpinannya ketika parti itu masih berada dalam pembangkang.

"Keadaan lebih memihak kepada STAR sekarang setelah menjadi gabungan kerajaan di peringkat Negeri dan Persekutuan," katanya.

Stephen, mantan Ahli Majlis Tertinggi PBS yakin, berdasarkan realiti politik sekarang, STAR memiliki laluan mudah mempertahankan kerusi Parlimen Keningau dan DUN Tambunan.

"Semua tiga kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Keningau seperti Tambunan, Bingkor dan Liawan telah dimenangi calon STAR pada pilihan raya umum negeri lalu," katanya.

Menurutnya, ketika STAR memenangi Keningau dan Tambunan buat kali pertama, calon PBS diletakkan untuk mempertahankan dua kawasan itu tetapi kalah kepada STAR.

  • oleh
  • Advertisement