Anda di sini

Pengarah urusan dilepas jaminan SPRM

Advertisement
 Suspek bersama peguamnya di Mahkamah Kuching, hari ini.
Suspek bersama peguamnya di Mahkamah Kuching, hari ini.

KUCHING: Seorang pengarah urusan syarikat swasta yang direman bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu sebanyak RM1.3 juta dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. 

Suspek lelaki yang berusia 52 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta di Samarahan itu dilepaskan dengan jaminan RM20,000 tunai dengan RM30,000 tanpa deposit di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.  

Sebelum ini, suspek berkenaan direman selama lima hari bermula 22 April sehingga hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek sebelum itu ditahan di pejabat SPRM di sini pada 21 April lalu selepas disyaki  membuat tuntutan palsu berhubung projek bekalan air Tanjung Manis Fasa 1, membabitkan jumlah RM1.3 juta. 

Siasatan awal pasukan penyiasat SPRM mendapati projek berkenaan tidak mengikuti spesifikasi kontrak dan terdapat tuntutan yang mengandungi butiran palsu.

Suspek diwakili peguam, Ian Lee.

  • oleh
  • Advertisement