Anda di sini

Mahkamah tolak dakwa suspek bunuh wanita Yahudi

Advertisement
 Penunjuk perasaan protes di hadapan mahkamah di Lyon, selatan-tengah Perancis bagi membantah keputusan Mahkamah Agung Perancis untuk tidak mendakwa Traore. — Gambar AFP
BANTAH: Penunjuk perasaan protes di hadapan mahkamah di Lyon, selatan-tengah Perancis bagi membantah keputusan Mahkamah Agung Perancis untuk tidak mendakwa Traore. — Gambar AFP

PARIS: Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di beberapa bandar Perancis kelmarin bagi mengecam keengganan sebuah mahkamah untuk mendakwa seorang lelaki yang membunuh seorang wanita Yahudi, selepas beberapa pakar menetapkan suspek bertindak dalam 'keadaan sangat sihat' susulan pengambilan ganja yang banyak.

Keputusan itu menimbulkan kemarahan keluarga mangsa termasuk beberapa kumpulan Yahudi, mendesak Presiden Emmanuel Macron agar menggesa perubahan pada undang-undang Perancis dalam memastikan seseorang berdepan tanggungjawab bagi jenayah kejam ketika di bawah pengaruh dadah.

Wanita Yahudi Ortodoks Sarah Halimi, 65, ditolak keluar dari tingkap flatnya di Paris oleh jirannya Kobili Traore, 27, yang melaungkan 'Allahu Akbar' pada 2017.

Mahkamah tertinggi di negara ini menyatakan pada bulan ini bahawa meskipun pembunuhan itu bersifat anti-Semitik, Traore tidak boleh dipertanggungjawabkan dari segi jenayah kerana bertindak dalam keadaan kurang waras.

Dia masih dalam rawatan psikiatri sejak kematian Halimi.

“Desakan telah bertambah dan harapan mulai kembali.

"Harapan itu adalah anda semua di sini,” adik lelaki Halimi, William Attal, berkata di hadapan ratusan penunjuk perasaan di dataran Trocadero di Paris.

Ahli parlimen yang mengetuai parti Macron, Republic on the Move, Christophe Castaner, menyuarakan bantahan itu turut dihadiri pemimpin pembangkang dan beberapa pelakon terkenal.

Bekas wanita pertama Perancis Carla Bruni, isteri bekas presiden Nicolas Sarkozy, turut hadir di rali di Paris, begitu juga dengan Datuk Bandar Anne Hidalgo, yang menyatakan pihak bandaraya akan menamakan sebatang jalan bagi memperingati Halimi.

“Ia akan turut menjadi satu jalan untuk melakukan keadilan bagi pihak beliau,” kata Hidalgo.

Menteri Kehakiman Eric Dupond-Moretti mengesahkan kelmarin bahawa sebuah kanun undang-undang bertanggungjawab akan dikemukakan pada hujung Mei bagi mengisi kekosongan perundangan.

Namun majlis kehakiman CSM di Perancis menolak perbuatan merendah-rendahkan kerajaan kelmarin dan menegaskan para hakim telah menjalankan undang-undang secara betul dalam kes yang sangat menyakitkan.

Lebih 20,000 orang menunjuk perasaan di Paris, dan seramai 2,000 orang mengambil bahagian dalam satu perarakan di bandar Marseille di Mediterranean, menurut polis, sementara kira-kira 600 berkumpul di luar sebuah saumaah di bandar timur Strasbourg.

Di Tel Aviv, beratus-ratus orang berkumpul di luar kedutaan Perancis, melambaikan bendera Perancis dan rejim serta poster dengan slogan bertulis 'Perancis memalukan'.

Ahli perundangan rejim dari seluruh spektrum politik telah hadir, dengan Menteri Diaspora Omer Yankelevitch menyatakan keputusan mahkamah itu tidak masuk akal, berbaur skandal dan berbahaya.

"Dari Tel Aviv ke Paris, penduduk Yahudi, di Israel dan seluruh dunia, bersatu dalam perpaduan dengan keluarga Halimi dan komuniti Yahudi di Perancis,” kata beliau.

Kumpulan Yahudi menyatakan keputusan mahkamah telah membuatkan penduduk Yahudi berasa kurang selamat di Perancis, sementara peguam yang mewakili keluarga Halimi menyatakan mereka akan membawa kes itu ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah. — AFP

Advertisement