Anda di sini

Ribuan protes sekatan COVID-19 di London

Advertisement
 Penunjuk perasaan membawa sepanduk menyuarakan bantahan terhadap sekatan COVID-19 termasuk pasport vaksin yang dicadangkan semasa menyertai protes ‘Bersatu untuk Kebebasan’ di tengah London, kelmarin. — Gambar AFP
LANTANG: Penunjuk perasaan membawa sepanduk menyuarakan bantahan terhadap sekatan COVID-19 termasuk pasport vaksin yang dicadangkan semasa menyertai protes ‘Bersatu untuk Kebebasan’ di tengah London, kelmarin. — Gambar AFP

LONDON: Pihak polis di London menyatakan kelmarin mereka telah menahan lima penunjuk perasaan manakala lapan anggotanya tercedera, selepas kekecohan dalam protes berskala besar terhadap sekatan COVID-19 yang masih dijalankan di England, penggunaan mandatori pelitup muka dan kemungkinan pengenalan pasport vaksin.

Penunjuk perasaan berkumpul awal tengah hari sebelum berarak di sepanjang beberapa laluan utama, termasuk daerah beli-belah utama Oxford Street, dengan video dan gambar menunjukkan kehadiran ribuan orang.

Beratus-ratus orang kemudian melakukan rali di Hyde Park selepas perarakan, menurut wartawan AFP, di mana kekecohan kecil meletus, menurut kepada Perkhidmatan Polis Metropolitan di London.

“Lapan anggota polis telah tercedera ketika mereka berusaha untuk meleraikan orang ramai di Hyde Park petang tadi,” menurutnya, sambil menambah bahawa benda-benda yang dilontar termasuk botol.

“Dua anggota polis telah dibawa ke hospital dan mereka dipercayai tidak mengalami kecederaan serius.

“Lima orang telah ditangkap atas pelbagai kesalahan termasuk menyerang polis dan sekarang berada dalam tahanan,” tambahnya lanjut.

Britain secara berperingkat mula menarik balik sekatan COVID-19 pada Mac selepas sekatan selama beberapa bulan dan satu kempen vaksinasi umum yang berjaya.

Pub dibenarkan menerima pelanggan di luar pada bulan ini dan kedai-kedai yang bukan keperluan telah dibuka semula, namun sebahagian masih lagi dikawal.

Pihak penganjur menggunakan pelbagai laman sesawang dan laman platform dalam talian bagi menggalakkan kehadiran awam yang membantah langkah-langkah pandemik tersebut, di sebalik peraturan yang mengehadkan perhimpunan luar kepada 30 orang sahaja.

Satu pengecualian bagi bantahan membawa keperluan termasuk penilaian risiko COVID-19.

“Sesiapa yang datang ke London untuk menyertai protes harus memastikan perhimpunan mereka mematuhi undang-undang, dengan penilaian risiko dilakukan pihak penganjur,” Met memberikan amaran dalam Twitter.

Bantahan anti-kawalan pergerakan oleh beratus-ratus malah beribu-ribu orang telah berlaku secara menyeluruh ketika pandemik, sering menyebabkan sejumlah kecil penahanan.

Langkah kawalan pergerakan COVID-19 terkini di England telah dilaksanakan sejak awal Januari, selepas UK melihat peningkatan kes.

Sekatan selama beberapa bulan di samping pelaksanaan vaksin yang berjaya dengan lebih 45 juta dos telah diberikan, melihat situasi bertambah baik.

Penanda pandemik seperti jangkitan, kemasukan di hospital dan kematian berada pada paras yang tidak dilihat sejak September lepas.

Satu lagi pelaksanaan besar-besaran dijangkakan pada pertengahan Mei, dengan beberapa aktiviti sosial dalaman dalam diteruskan, sebelum hampir semua sekatan akan tamat pada lewat Jun.

Kerajaan sedang melihat untuk memperkenalkan pasport bagi beberapa keadaan, termasuk hiburan dan hospitaliti selain perjalanan luar negara, bagi mengesahkan seseorang itu telah divaksin atau mempunyai imuniti daripada virus itu.

Britain antara yang paling teruk terjejas COVID-19 di Eropah, merekodkan lebih 127,000 kematian dalam masa 28 hari. — AFP

Advertisement