Anda di sini

Pekerja wanita ditikam mati di balai polis berdekatan Paris

Advertisement
 Anggota polis kelihatan berkawal berdekatan balai polis di Rambouillet, barat daya Paris kelmarin selepas seorang wanita ditikam mati. — Gambar AFP
KAWAL: Anggota polis kelihatan berkawal berdekatan balai polis di Rambouillet, barat daya Paris kelmarin selepas seorang wanita ditikam mati. — Gambar AFP

RAMBOUILLET: Polis Perancis menahan tiga orang dikaitkan dengan seorang lelaki Tunisia ber-usia 36 tahun yang menikam hingga mati seorang pekerja polis di tempat kerjanya di barat daya Paris kelmarin dalam satu serangan disyaki sebagai ekstremis.

Pembunuhan di balai polis di Rambouillet, sebuah pekan komuter kira-kira 60 kilometer dari Paris, mengembalikan trauma bagi satu siri serangan maut pada tahun lepas.

Mangsa adalah seorang wanita berusia 49 tahun bernama Stephanie, penolong pentadbir polis dan ibu kepada dua anak, yang ditikam sebanyak dua kali di bahagian lehernya di pintu depan balai polis tersebut. Penyerangnya ditembak mati.

Presiden Emmanuel Macron, yang berada di luar negara untuk kunjungan ke Chad di utara Afrika, me-nyatakan Perancis tidak akan pernah menyerah kepada “keganasan ekstremis”.

Pertumpahan darah dan keganasan terbaharu me-nyasarkan polis adalah kemungkinan untuk memberikan perhatian seterusnya mengenai bahaya bagi tindakan ekstremis di Perancis dan kebimbangan yang lebih meluas mengenai keselamatan setahun sebelum pilihan raya presiden.

Pendakwa raya antikega-nasan negara di Perancis sudah membuka siasatan keganasan, sementara satu sumber rapat dengan siasatan memberitahu AFP bahawa penyerang yang bersenjata-kan pisau itu melaungkan “Allahu Akbar” (Allah Maha Besar) semasa serangan.

Ketua pendakwa raya anti-keganasan Jean-Francois Ricard, yang bercakap di luar balai polis bersama dengan Perdana Menteri Jean Castex, mengesahkan “komen yang dibuat oleh penyerang” menunjukkan satu motif ekstremis.

Penyerang, hanya dikenali sebagai Jamel G., mengalami kecederaan maut selepas seorang anggota polis melepaskan tembakan ke arahnya.

Dia tiba di Perancis secara haram pada 2009 namun kemudian mendapat dokumen pemastautin, menurut sumber polis, sambil menambah bahawa dia tidak dikenali oleh pihak perkhidmatan kese-lamatan. Dia baru sahaja berpindah ke Rambouillet.

Pemimpin haluan kanan Marine Le Pen segera mempersoalkan kenapa penyerang dapat menetap di negara ini dan beliau menghentam semula dengan kritikan baru-baru ini mengenai kekejam polis di Perancis.

“Kita perlu untuk kembali kepada penyebabnya: menyokong polis kita, menghalau pendatang haram dan menghapuskan ekstremis,” ciapnya di Twitter.

Tinjauan baru-baru ini menunjukkan beliau akan menentang Macron dalam pilihan raya tahun hadapan, walaupun beberapa pakar memberi amaran bahawa tinjauan yang dilakukan setakat ini dari  hari pengundian dan ketika satu pandemik seharusnya diadakan dengan berhati-hati.

Kira-kira 30 anggota polis memakai balaclava menyerbu rumah suspek di Rambouillet pada petang kelmarin ketika mereka mencari maklumat mengenai motif dan kontak-nya, menurut wartawan AFP di tempat kejadian.

Pada masa yang sama polis di wilayah Paris memeriksa rumah milik orang yang telah memberikan perlindungan kepada Jamel G. ketika dia mula tiba di Perancis, jelas sumber rapat dengan siasatan.

Tiga orang ditangkap, seorang sumber kehakiman memberitahu AFP dengan syarat identitinya dirahsia-kan.

Menteri Dalam Negara Gerald Darmanin, yang tu-rut melawat anggota polis di Rambouillet, menyatakan kawalan keselamatan harus dipertingkatkan di balai polis di seluruh negara itu.

Perancis telah beberapa kali menjadi sasaran oleh kumpulan ekstremis sejak 2015, dengan satu siri insi-den pada tahun lepas yang menjadikan keganasan dan keselamatan sebagai satu kebimbangan utama.

Kerajaan Macron telah memperkenalkan perundangan untuk menangani tindakan ekstremis di Pe-rancis, yang akan memudahkan pihak kerajaan untuk menutup tempat ibadat dan mengesan pembiayaan asing untuk masjid-masjid.

Rang undang-undang itu dikecam oleh pengkritik yang melihatnya sebagai bersifat menghina penduduk Islam.

Pada September lepas, seorang lelaki Pakistan mence-derakan dua orang dengan sebilah pisau pemotong daging di luar bekas pejabat majalah satira Charlie Hebdo, yang telah mencetak karikatur Nabi Muhammad.

Pada 16 Oktober, seorang pelarian muda Chechnya memancung kepala seorang guru Samuel Paty yang menun-jukkan beberapa karikatur tersebut kepada pelajarnya dalam satu jenayah yang mengejutkan negara.

Serta pada 29 Oktober, tiga orang dibunuh apabila seorang rakyat Tunisia yang baharu tiba melakukan tindakan amukan tikaman di sebuah gereja di bandar Nice, Mediterranean.

Dalam serangan yang pa-ling serius dan terkini terhadap polis Perancis, tiga anggota polis dan seorang pekerja polis di Paris telah ditikam hingga mati pada Oktober 2019 oleh seorang rakan setugas pakar IT yang dia sendiri kemudian ditembak mati.

Dia telah didapati me-nunjukkan minat pada ajaran radikal.

Serangan ini muncul selepas pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh ekstremis dari tahun 2015 yang bermula dengan pembunuhan kakitangan di pejabat Charlie Hebdo pada Januari tahun itu.

Dalam keganasan pada masa aman di Perancis, 130 orang terbunuh dan 350 lagi tercedera apabila beberapa pengebom nekad dan lelaki bersenjata menyerang stadium Stade de France, bar dan restoran di tengah Paris serta dewan konsert Bataclan pada November 2015.

Pada tahun berikutnya seorang lelaki memandu sebuah trak merempuh ke arah orang ramai pada Hari Bastille di Nice, mengorbankan 86 nyawa.

Hanya beberapa minggu sebelumnya, pada Jun 2016, dua anggota polis ditikam hingga mati di rumah mereka di luar Paris oleh seorang lelaki yang mengikrarkan taat setia kepada kumpulan Daesh (IS). — AFP

Advertisement