Anda di sini

13 pesakit COVID-19 maut hospital terbakar di India

Advertisement
 Pekerja hospital mengiringi seorang pesakit (dua kanan) selepas kebakaran di unit ICU di Hospital Vijay Vallabh, di pinggir Mumbai semalam. — Gambar AFP
SELAMAT: Pekerja hospital mengiringi seorang pesakit (dua kanan) selepas kebakaran di unit ICU di Hospital Vijay Vallabh, di pinggir Mumbai semalam. — Gambar AFP

MUMBAI: Tiga belas pesakit COVID-19 terkorban dalam tragedi kebakaran di sebuah hospital di pinggir Mumbai sebelum subuh semalam, menurut pegawai tempatan.

“Seramai 17 pesakit berada di dalam apabila kebakaran itu meletus di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Vijay Vallabh, dan daripada jumlah itu seramai 13 meninggal dunia manakala empat lagi dipindahkan ke fasiliti lain,” kata pegawai bomba Morrison Khavari.

“Kebakaran sudah dipadamkan,” katanya sambil menambah bahawa api bermula sekitar jam 3 pagi waktu tempatan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Kemalangan di bandar Vasai-Virar di negeri Maharashtra itu adalah tragedi terbaru menimpa India ketika ia sedang bergelut dengan gelombang baharu jangkitan COVID-19 yang membinasa-kan, dengan kekurangan bekalan oksigen, ubat dan katil hospital mencetuskan rayuan terdesak untuk bantuan.

Dua hari sebelumnya, se-ramai 22 pesakit COVID-19 meninggal dunia di hospital lain dalam negeri yang sama apabila bekalan oksigen ke sistem pengudaraan mereka terjejas ekoran kebocoran.

Manakala empat pesakit terkorban dalam satu lagi kebakaran di hospital swasta di Maharashtra awal bulan ini.

Bulan lepas kebakaran di klinik Mumbai meragut nyawa 11 orang.

India mencatatkan empat juta kes jangkitan COVID-19 baharu dalam bulan ini, membebankan sistem kesihatannya yang sudah kronik dengan kekurangan dana.  

Wabak itu dipersalahkan pada varian virus baharu dan peraturan kerajaan yang longgar membenarkan perhimpunan agama dan politik yang besar diadakan dalam beberapa bulan kebelaka-ngan ini.

Ini termasuk perhimpunan besar Kumbh Mela di Haridwar, yang sejak Januari hingga minggu ini menarik sekitar 25 juta penziarah Hindu, kebanyakan mereka tidak mematuhi arahan memakai pelitup muka dan penjarakan sosial.

Perdana Menteri India Narendra Modi dijadualkan semalam untuk mengadakan sekurang-kurangnya tiga mesyuarat krisis tentang bekalan oksigen dan bekalan ubat-ubatan penting.

Ibu negara New Delhi kekal menjadi kawasan yang paling terjejas, merekodkan beratus ribu kes jangkitan dan kemasukan hospital baharu dalam tempoh lima hari lalu. — AFP

Advertisement