Anda di sini

Filem lakonan Adam Driver, Marion Cotillard ‘Annette’ buka tirai festival Cannes

Advertisement
 

FILEM baharu oleh pengarah filem Perancis Leos Carax dilaporkan akan menjadi pembuka Festival Filem Cannes pada Julai.

‘Annette’ menampilkan dua pelakon indie kesukaan ramai, Adam Driver dan Marion Cotillard, sebagai pasangan selebriti terkenal yang mana kehidupan mereka menjadi tunggang terbalik selepas kelahiran anak pertama mereka, “budak perempuan misteri dengan takdir istimewa.”

Sedutan filem menunjukkan ini merupakan filem lain yang membuka mata dan amat genius daripada Carax.

Ia merupakan filem bahasa Inggeris pertama pengarah itu, yang terkenal dengan filem gelap kegemaran ramai ‘Holy Motors’ dan ‘Les Amants du Pont Neuf’.

Filem ‘Annette’ akan menyertai pertandingan utama untuk Palme D’Or, dengan juri tahun ini diketuai pengarah AS Spike Lee.

Festival Filem Cannes, yang biasanya berlangsung pada Mei, telah ditunda ke tarikh 6-17 Julai tahun ini ekoran pandemik koronavirus.

Pesta ria yang diadakan sepanjang festival itu telah dipindahkan dalam talian dan akan diadakan pada 21 sehingga 25 Jun. — AFP

Advertisement