Anda di sini

Dua lokaliti di Tawau dikesan hotspot denggi

Advertisement
DR CHRISTINA
DR CHRISTINA

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesan dua lokaliti di Tawau sebagai hotspot wabak demam denggi terbaharu yang aktif di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata lokaliti terbabit dikesan di Ranggu Scheme dengan tiga kes serta Taman Ria 1 dan 2 melibatkan dua kes.

“Status wabak di kedua-dua lokaliti adalah terkawal,” katanya, berhubung perkembangan terkini situasi semasa wabak denggi dan kolera negeri Sabah, di sini, semalam.

Dr Christina berkata statistik keseluruhan kes di seluruh Sabah kini mencatat rekod sebanyak 547 kes dengan pertambahan dua kes baharu yang dilaporkan di Lahad Datu.

Menyentuh mengenai situasi wabak kolera di negeri ini pula, beliau berkata terdapat satu kes baharu dikesan di Kota Kinabalu sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes.

“Kota Kinabalu merekodkan 11 kes, namun kes tertinggi di Lahad Datu yang mencatat 14 kes, sementara Semporna dua kes, serta satu kes masing-masing di Tuaran dan Putatan.

“Kita harap orang ramai minum air yang dimasak atau dibotolkan serta memastikan buah-buahan, latok, salad atau ulam dibasuh dengan air yang dimasak atau terawat.

“Penting juga untuk kita mengamalkan budaya membasuh tangan dengan sabun sebelum makan atau mengendalikan makanan dan selepas menggunakan tandas,” katanya.

Orang ramai turut dinasihati supaya menggunakan tandas yang bersih dan sempurna serta memastikan makanan laut dan daging dimasak pada suhu yang betul sebelum dimakan.

  • oleh
  • Advertisement