Anda di sini

Pengarah urusan direman, bantu siasatan tuntutan palsu RM1.3 juta

Advertisement
Suspek diiring pegawai SPRM di mahkamah hari ini.
Suspek diiring pegawai SPRM di mahkamah hari ini.

KUCHING: Seorang pengarah urusan syarikat swasta di Samarahan direman lima hari, bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes berkaitan tuntutan palsu sebanyak RM1.3 juta pada 2013. 

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Zubaidah Sharkawi selepas menerima permohonan daripada Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di sini, pada Rabu, jam 8.55 malam, bagi membantu siasatan kes terbabit.

Menurut sumber, suspek yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Samarahan, dipercayai membuat tuntutan palsu membabitkan projek bekalan air Tanjung Manis Fasa 1, membabitkan jumlah RM1.3 juta. 

Difahamkan, projek berkenaan tidak mengikuti spesifikasi kontrak dan terdapat tuntutan yang mengandungi butiran palsu.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

  • oleh
  • Advertisement