Anda di sini

Nikmati program menarik Ramadan bersama ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN

Advertisement
 ‘Renungan Ramadan Goodday ERA bersama DMFK’ melihat Radin akan bersama Dato’ Dr Mohamed Fadzillah Kamsah (DMFK) untuk memberikan motivasi dan berkongsi inspirasi kepada pendengar ERA di bulan Ramadan ini menerusi Facebook Live ERA.
KHAS RAMADAN DI ERA: ‘Renungan Ramadan Goodday ERA bersama DMFK’ melihat Radin akan bersama Dato’ Dr Mohamed Fadzillah Kamsah (DMFK) untuk memberikan motivasi dan berkongsi inspirasi kepada pendengar ERA di bulan Ramadan ini menerusi Facebook Live ERA.

KEHADIRAN Ramadan pada tahun ini bakal diserikan dengan program dan pengisian menarik dari jenama-jenama Melayu Astro Radio seperti ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN.

ERA menawarkan dua program iaitu ‘Dboyz Buka Puasa Norma Baru’ dan ‘Renungan Ramadan GoodDay ERA’ untuk para peminat.

Menerusi ‘Dboyz Buka Puasa Norma Baru’, peminat bertuah berpeluang untuk berbuka puasa dan beramah-mesra bersama Radin dan Danial secara maya. Peminat boleh menghantarkan penyertaan menerusi laman rasmi ERA di era.je

Manakala ‘Renungan Ramadan Goodday ERA bersama DMFK’ melihat Radin akan bersama Dato’ Dr Mohamed Fadzillah Kamsah (DMFK) untuk memberikan motivasi dan berkongsi inspirasi kepada pendengar ERA di bulan Ramadan ini menerusi Facebook Live ERA.  

SINAR pula menganjurkan program ‘Kongsi Rezeki SINAR’ dan ‘SINAR Belanja’ bersama para peminat di sepanjang Ramadan ini.

Menerusi ‘Kongsi Rezeki SINAR’, SINAR mempelawa semua peminat untuk menyumbang barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan dengan kerjasama  SINAR dan ‘The Lost Food Project’. Maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi laman rasmi SINAR di sinar.my

Para peminat SINAR boleh ambil bahagian dalam ‘SINAR Belanja’ untuk peluang menang sebahagian pembiayaan bil barangan dapur berjumlah RM30,000 dengan kerjasama HoneyB Malaysia. Peminat boleh menyertai dengan menghantarkan penyertaan menerusi laman rasmi SINAR di sinar.my

GEGAR menampilkan pelbagai pengisian menarik dalam ‘Lughatul Arabiah GEGAR Pagi’ dan ‘Gerbang Ramadan GEGAR’.

Para peminat boleh mempelajari Bahasa Arab dalam ‘Lughatul Arabiah GEGAR Pagi’ bersama Mek Zura dan Shah, bermula 9 pagi, setiap Ahad hingga Jumaat menerusi siaran udara.

Peminat juga boleh menambah ilmu dan pengetahuan dalam ‘Gerbang Ramadan GEGAR’ yang menghimpunkan perkongsian ceramah dan kisah tauladan oleh penceramah jemputan pada setiap hari menerusi media sosial Facebook dan Instagram GEGAR.

Sementara itu, ZAYAN menyediakan dua pengisian iaitu ‘ZAYAN Sedekah Ramadan’ dan ‘ZAYAN Terawih Tour’ untuk bersama peminat di sepanjang Ramadan ini.

Dalam ‘ZAYAN Sedekah Ramadan’, peminat ZAYAN boleh bersedekah di bulan Ramadan dengan memberi sumbangan menerusi laman rasmi ZAYAN: zayan.my. Setiap nilai sedekah yang diterima akan disampaikan kepada jemaah masjid untuk berbuka puasa yang dilakukan dengan kerjasama masjid-masjid di sekitar Lembah Klang.  

Para peminat ZAYAN juga boleh menikmati ‘ZAYAN Terawih Tour’ bersama personaliti ZAYAN yang membawa peminat untk menziarahi masjid di sekitar Lembah Klang dan menunaikan solat terawih bersama jemaah di masjid yang dikunjungi menerusi media sosial Facebook  dan Instagram ZAYAN.

Advertisement