Anda di sini

Drama komedi ‘Kampung Kolestrol’ lakonan Ziana Zain & Mas Idayu

Advertisement
Poster ‘Kampung Kolestrol’.
Poster ‘Kampung Kolestrol’.

PENERIMA anugerah bagi penerbit dan pengedar kandungan tempatan terbesar di Malaysia iaitu Primeworks Studios dengan sebuah peneraju dan pembekal perkhidmatan video OTT terkenal, Viu, telah mengumumkan drama komedi bersiri yang dinanti-nantikan iaitu ‘Kampung Kolestrol’.

Kolaborasi ini memberi peluang kepada penonton untuk menontonnya secara eksklusif bagi kesemua episod tersebut.

‘Kampung Kolestrol’ ditayangkan menerusi slot Diandra di TV9 pada jam 8.30 malam bermula 20 April hingga 2 Jun ini. Ia dapat ditonton secara percuma dan eksklusif di Viu selepas satu jam ditayangkan di TV9

Menurut Ketua Pegawai Kandungan, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof, “Kami teruja dengan kolaborasi ini dan pastinya penonton juga tidak sabar untuk menyaksikan gelagat dua artis terkenal tanah air bergandingan menjayakan drama komedi bersiri ‘Kampung Kolestrol’.”

“Viu pula merupakan platform yang tepat buat penonton kerana Viu sentiasa menawarkan kandungan baru dan membuka langkah kepada drama-drama tempatan untuk ditayangkan di serata dunia,” tambahnya.

Drama komedi 20 episod arahan Shuhaimi Lua ini mengisahkan tentang penduduk Kampung Kolestrol yang tidak mengambil kisah tentang amalan diet yang seimbang sehingga kebanyakan mereka mempunyai masalah kolesterol tinggi.

Kak Bib (Ketua Kampung Wanita Pertama) lakonan Ziana Zain dan madunya, Kak Gee (Penolong Ketua Kampung) lakonan Mas Idayu sentiasa membantu penduduk kampung itu dalam menyelesaikan pelbagai masalah mereka.

Pada bulan Ramadan ini, mereka mempunyai satu misi iaitu untuk menangani masalah kesihatan di kampung tersebut.

Mereka menganjurkan satu pertandingan di mana sesiapa yang mampu mengurangkan berat dengan paling banyak di samping mengekalkan gaya hidup yang sihat akan memenangi pertandingan tersebut.

Selain Ziana Zain dan Mas Idayu, drama ‘Kampung Kolestrol’ ini turut menampilkan Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Ryry Ryun, Rusdi Ramli, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menonton Kampung Kolestrol di TV9, Isnin hingga Rabu jam 8.30 malam dan secara eksklusif dan percuma di Viu selepas 1 jam tayangan di TV9.

Advertisement