Anda di sini

Belum terima bekalan, pemberian vaksin di Sibu ditangguh 

Advertisement
 

SIBU: Pemberian vaksin yang dijadual diadakan di Pusat Pemberian Vaksin di Stadium Tertutup Sibu hari ini, terpaksa ditangguhkan.

Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu melalui Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu dalam satu kenyataan.

JPBB Sibu berkata penangguhan itu dibuat susulan pusat vaksin terbabit masih belum menerima bekalan vaksin.

Katanya, tarikh baru bagi pemberian vaksin akan diumumkan menerusi aplikasi MySejahtera.

"Kepada orang ramai yang telah mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin sama ada melalui kaunter Klinik Kesihatan berdekatan atau melalui Pejabat Daerah/Ketua Komuniti atau aplikasi MySejahtera, tarikh janji temu akan ditetapkan melalui aplikasi MySejahtera untuk fasa 2 dan 3, " katanya. 
 

  • oleh
  • Advertisement