Anda di sini

Taska dan tadika di zon merah juga ditutup

Advertisement
 

KUCHING: Semua tadika dan taska dalam zon merah di Sarawak ditutup selama 14 hari berkuatkuasa pada 20 April 2021. 

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah (gambar) berkata, penutupan itu susulan daripada pengumuman Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang media Penguatkuasaan SOP (Prosedur Operasi Standard) COVID-19 hari ini. 

Menurutnya, penutupan tadika dan taska dalam zon merah melibatkan 2,518 tadika dan 213 taska. 

Setakat 19 April 2021, terdapat sejumlah 2,795 tadika dan 234 taska yang berdaftar di Sarawak. 

"Sekiranya terdapat taska yang mempunyai anak-anak petugas barisan hadapan, taska berkenaan perlu mengemukakan permohonan untuk beroperasi bagi memberikan perkhidmatan kepada anak-anak petugas barisan hadapan sahaja. 

"Permohonan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK)," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ini merupakan perkhidmatan sokongan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas dalam memerangi COVID-19. 

Sehubungan itu, beliau berharap semua tadika dan taska mematuhi arahan ini.
 

  • oleh
  • Advertisement