Anda di sini

Fasa kedua vaksinasi COVID-19 di Miri bermula 23 April

Advertisement
Lee menunjukkan contoh mesej yang akan dihantar menerusi SMS telefon bimbit penerima. 
Lee menunjukkan contoh mesej yang akan diterima menerusi SMS telefon bimbit. 

MIRI: Orang ramai yang sudah mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 diminta agar kerap memeriksa telefon bimbit masing-masing kerana pesanan temujanji bagi suntikan dihantar menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). 

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin yang juga merupakan menteri bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri memberitahu peringatan untuk pengesahan temujanji vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera akan diterima melalui kaedah SMS.

"Orang ramai perlu sentiasa peka untuk memeriksa SMS di telefon bimbit masing-masing. Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Fasa Kedua bahagian Miri akan bermula pada 23 April sehingga 29 April 2021 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Eastwood Valley, Miri; Hospital Miri dan Hospital Marudi," katanya, hari ini. 

Sebanyak 3,510 vaksin akan diterima bagi fasa kedua ini yang mensasarkan kepada kumpulan pertama membabitkan golongan berisiko dan warga emas berumur 69 tahun hingga 99 tahun, berdasarkan senarai yang telah diterima oleh JPBB Miri. 

Katanya, berdasarkan penjelasan Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, satu SMS daripada COVID-19 Immunistion Task Force (CITF) akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dalam aplikasi MySejahtera bagi memberikan peringatan untuk mengesahkan temujanji penerimaan vaksin COVID-19. 

Pengesahan temujanji perlu dilakukan dalam aplikasi MySejahtera dan hendaklah dilakukan dalam tempoh 48 jam dari tarikh penerimaan SMS untuk mengelakkan temujanji dibatalkan.

“Orang ramai yang telah mendaftar (termasuk tanggungan) menerusi aplikasi MySejahtera perlu menyemak aplikasi tersebut untuk mengemaskini maklumat sendiri dan tanggungan. 

"Selain itu, bagi tujuan tarikh temujanji pula, satu SMS akan dihantar untuk memberikan peringatan kepada pengguna aplikasi untuk mengesahkan tarikh temujanji melalui aplikasi MySejahtera. Satu SMS akan dihantar CITF berhubung pengesahan temujanji," katanya. 

Seterusnya, penerima SMS perlu membuka aplikasi MySejahtera untuk mengesahkan tarikh tersebut.

  • oleh
  • Advertisement