Anda di sini

Kurma Ajwa, jualan paling laris Syarikat S Abdullah 

Advertisement
Shaik Abdul Sattar mengimport 10 tan kurma pada tahun ini.
Shaik Abdul Sattar mengimport 10 tan kurma pada tahun ini.

Kurma memang sinonim bagi umat Islam terutama ketika Ramadan.

Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh anda, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.

Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Menurut https://www.ezdiet.com.my kurma mempunyai:-  
1. Kandungan Nutrien Yang Tinggi
2. Tenaga Segera
3. Diet Sihat
4. Membantu Mengurangkan Sembelit
5. Menyihatkan Jantung

Tidak hairan jika kurma bertambah laris jualannya ketika umat Islam berpuasa. Selepas berpuasa sehari, makanan yang membekalkan tenaga menjadi pilihan ramai.

Pemilik kedai Syarikat S Abdullah di Kuching, Shaik Abdul Sattar berkata, setiap tahun jualan kurmanya amat memberangsangkan. 

Ekoran permintaan tinggi terhadap kurma, pada tahun ini syarikatnya mengimport 10 tan kurma yang datang dari Tunisia, Iran dan Oman.

Selain dijual di kedainya di Jalan Gambir, beliau turut menjadi pengedar kurma untuk seluruh Sarawak.

Kebanyakan pelanggannya memilih kurma Ajwa yang berharga kira-kira RM100 sekilogram.

Kedai Syarikat S Abdullah sudah beroperasi sejak 73 tahun lepas, dan ia diwarisi dari bapa Shaik Abdul. 

Selain menjual kurma, kedai tersebut menjual pelbagai rempah untuk masakan.

Advertisement