Anda di sini

Reus puji, kagum dengan Haaland

Advertisement
REUS
REUS

BERLIN: Marco Reus menyemarakkan persahabatan rapatnya dengan Erling Braut Haaland pada Rabu apabila Borussia Dortmund menaruh harapan untuk menyingkirkan Manchester City lagi dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara.

Kapten Dortmund Reus, 31, kembali pulih sepenuhnya selepas mengalami kecederaan musim ini, seronok bermain di samping Haaland.

Reus telah menambah mata dalam dua perlawanan terdahulu Dortmund bersama Haaland, penjaring utama mereka musim ini dengan 33 gol dalam 34 perlawanan.

Dengan hampir sedekad bersama Dortmund, Reus bermain sebagai penyerang tengah di belakang pemain penyerang handal seperti Robert Lewandowski, Pierre-Emerick Aubameyang dan Paco Alcacer.

Reus sering memberi pujian kepada rakan sepasukannya, yang menempa nama di tajuk berita utama awal musim ini menyaksikan pemain termuda itu mencatat 20 gol Liga Juara-Juara.

HAALAND
HAALAND

“Saya tidak pernah menyaksikan sesiapa seperti Haaland dalam kelab ini,” kata Reus.

“Beliau unik dan masih muda. Beliau telah berkembang cepat dari enam ke sembilan bulan lepas.”

Reus memberi gol penting dalam permainan di tempat lawan ketika dikalahkan 1-2 dalam pusingan pertama kepada Manchester, menyaksikan usahanya membuahkan hasil daripada umpanan bola Haaland yang melengkung melepasi penjaga gol City Ederson.

Satu kemenangan 1-0 di padang sendiri, atau kemenangan dengan dua gol jelas, pada Rabu bakal menghantar Dortmund ke pusingan separa akhir bakal berhadapan di antara Bayern Munich mahupun Paris Saint-Germain.

City kekal mengejar kemenangan empat kali bersejarah dalam Liga Juara-Juara, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Liga sungguhpun selepas kekalahan mengejutkan kepada pasukan 10 pemain Leeds pada Sabtu.

Skuad Pep Guardiola City terdesak untuk merebut tempat empat teratas selepas tersingkir daripada setiap pusingan suku akhir sejak empat musim lalu.

Reus memberi usaha terbaik dan memecah barisan pertahanan dengan lorongan kemasnya, Dortmund boleh meninggalkan permainan gopoh Bundesliga mereka dan bersaing seperti salah satu pasukan terhebat Eropah.

“Beliau merupakan lagenda handal di sini dan kami memerlukannya dalam keadaan terbaik,” kata Haaland tentang Reus pada Januari. “Beliau mempunyai visi yang tidak ada pada orang lain.”

Selepas menukar lorongan kemas Reus merembat gol kepada Sevilla dalam pusingan 16 akhir, Haaland meraikan dengan mendukung kapten mereka.

Penyerang kelahiran Norway itu belum menjaringkan skor dalam lima perlawanan terakhirnya buat kelab dan pasukan kebangsaan selepas tidak turun padang tiga kali dalam pada tugas kebangsaan bulan lepas.

Meskipun barisan pertahanan bimbang dalam menghalang Haaland, Reus seronok bermain dalam ruang lebih bersama Haaland.

“Beliau kini menjadi tangkas dengan bola di kakinya bersama pemain pertahanan di belakangnya,” kata Reus.

“Bukan begini pada awalnya beliau menyertai kami, namun pencapaian dan gol beliau memberinya kekuatan yang sukar dipercayai yang telah membantu kami.”

Reus tercedera selepas menjaringkan gol pada Sabtu dalam kemenangan 3-2 kepada Stuttgart selepas Haaland terpijak bola dan ia bergolek tanpa disedari ke kapten mereka.  

Selepas Reus diusung dalam pertengahan separuh masa kedua di Stuttgart, penjaga jurulatih Dortmund Edin  Terzic menyatakan beliau ‘yakin’ kapten mereka dapat menghadapi City.

Namun begitu, Reus ialah salah seorang pemain yang cenderung untuk cedera dalam pasukan teratas Jerman.

Sejak 2010, Reus telah mengalami sekurang-kurangnya 21 kecederaan.

Sungguhpun tampil untuk debut Jerman sedekad lalu, masalah kesihatan telah membataskan penglibatan Reus kepada 44 kali sahaja untuk pasukan kebangsaan.

Lebih menyedihkan , Reus tidak dapat turun padang dalam permainan gemilang Jerman semasa Piala Dunia 2014 selepas terkoyak ligamen buku lali dalam permainan latihan terakhir sebelum pasukannya terbang ke Brazil. — AFP

Advertisement