Anda di sini

Monte Carlo Masters: Jadual perlawanan berubah berikutan faktor cuaca buruk

Advertisement
 Kakitangan menutup permukaan lantai padang berikutan perlawanan yang ditunda akibat hujan pada kejohanan Monte-Carlo ATP di Monte-Carlo, Monaco, kelmarin— Gambar AFP
TERGENDALA: Kakitangan menutup permukaan lantai padang berikutan perlawanan yang ditunda akibat hujan pada kejohanan Monte-Carlo ATP di Monte-Carlo, Monaco, kelmarin— Gambar AFP

MONACO: Hari kedua perlawanan Monte Carlo Masters berakhir awal pada Isnin selepas hujan menunda permainan daripada dijalankan di Kejohanan ATP itu.

Pengelola acara memutuskan pada jam 1915 masa tempatan untuk menganjak perlawanan yang tidak sempat berlangsung pada Selasa selepas permainan itu ditunda sebanyak dua kali menyaksikan hanya empat perlawanan persendirian berjaya tamat daripada 13 yang dijadualkan.

Apabila permainan dihentikan untuk kali kedua, pemain Kanada Felix Auger-Aliassime sedang mendahului Cristian Garin 4-2 dalam set pembuka.

Briton Daniel Evans mendahului Dusan Lajovic  6-3, manakala juara Miami Hubert hurkackz melangkah selesa menentang pemain kelahiran Itali Thomas Fabbiano 6-3, 0-1, pemain Perancis Jeremy Chardy mendahului 5-4 ke atas Alexander Bublik dan sedang menghantar servis dalam set pertama. — AFP

Advertisement