Anda di sini

Lelaki bersenjata sasar sekolah Tennessee

Advertisement
 Gambar serahan Jabatan Polis Knoxville kelmarin menunjukkan anggota polis berkawal di luar Austin-East Magnet High School di Knoxville, Tennessee selepas kejadian tembakan yang menyebabkan seorang terbunuh. — Gambar AFP
KAWAL: Gambar serahan Jabatan Polis Knoxville kelmarin menunjukkan anggota polis berkawal di luar Austin-East Magnet High School di Knoxville, Tennessee selepas kejadian tembakan yang menyebabkan seorang terbunuh. — Gambar AFP

WASHINGTON: Seorang terbunuh dan seorang anggota polis tercedera dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah tinggi di negeri Tennessee, Amerika Syarikat (AS) kelmarin, kata polis.

Polis bandar Knoxville menyatakan di Twitter, “beberapa mangsa tembakan” telah dilaporkan di Austin-East Magnet High School, sebelum menambah dalam satu kenyataan yang dibacakan dalam televisyen tempatan bahawa salah seorang mangsa yang tercedera telah meninggal dunia.

Polis telah memberikan res-pons kepada laporan menge-nai seorang “subjek lelaki” yang berkemungkinan bersenjata di dalam sekolah, kata Jabatan Polis Knoxville.

“Sebaik sahaja menghampiri subjek tersebut, beberapa das tembakan telah dilepaskan. Seorang anggota KPD terkena tembakan se-kurang-kurangnya sekali dan dibawa ke pusat perubatan UT dengan kecederaan yang tidak dijangka sebagai membahayakan nyawa, menurut kenyataan itu.

“Seorang lelaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara seorang lagi ditahan bagi siasatan lanjut. Tidak ada mangsa tembakan lain,” katanya.

Pihak berkuasa bandar mengarahkan beberapa keluarga agar berkumpul di sebuah stadium besbol berhampiran dengan sekolah.

“Bangunan sekolah telah dikawal dan para pelajar yang tidak terlibat dalam insiden telah dibenarkan pulang ke rumah mereka,” menurut ciapan Bob Thomas, pesuruhjaya sekolah-sekolah di Knox County.

Datuk Bandar Knoxville Indya Kincannon telah menziarahi anggota polis yang cedera di hospital dan memberitahu wartawan di luar bahawa dia telah sedarkan diri dan berada dalam ke-adaan baik.

“Dia akan berada dalam keadaan baik. Saya berterima kasih kepadanya kerana sanggup membahayakan nyawa-nya sendiri untuk melindungi para pelajar serta kakitangan di sekolah,” kata datuk ban-dar itu.

“Serta dia menyatakan dia lebih rela sakit daripada orang lain yang mengalaminya, dan berada dalam keadaan sangat bersemangat dan tidak sabar  untuk pembedahan yang berjaya,” tambahnya.

AS telah dihantui dengan kejadian tembakan di sekolah sejak pembunuhan beramai-ramai di Columbine, di negeri Colorado, pada April 1999.

“Pesanan saya adalah apa yang kita semua perlukan adalah bekerjasama bagi menghentikan keganasan,” tambah Kincannon.

“Kami bekerjasama de-ngan para ibu bapa, dengan sistem persekolahan, de-ngan pertubuhan berasaskan komuniti, kita semua perlu untuk bersama-sama me-nangani perkara ini.”

Kejadian tembakan kelmarin di Tennessee muncul ketika permulaan cadangan oleh Presiden Joe Biden didedahkan bagi memperluaskan kawalan senjata api.

Biden menggambarkan keganasan senjata api sebagai satu “epidemik” dan “keadaan yang memalukan di peringkat antarabangsa” dalam ucapannya pada 8 April. — AFP

Advertisement