Anda di sini

Kereta hangus di tempat parkir rumah

Advertisement
 Anggota bomba dari BBP Central Miri memadam kebakaran sebuah kereta yang diparkir di pekarangan sebuah rumah di Taman Hilltop, Miri awal semalam.
HANGUS: Anggota bomba dari BBP Central Miri memadam kebakaran sebuah kereta yang diparkir di pekarangan sebuah rumah di Taman Hilltop, Miri awal semalam.

MIRI: Sebuah kereta terbakar lalu pemiliknya yang terkejut dengan kejadian itu bergegas menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Central kira-kira jam 12.43 pagi semalam.

BBP Miri Central dalam satu kenyataan semalam menerima panggilan daripada pengadu yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut di rumahnya di Taman Hilltop di sini.

Sepasukan anggota BBP Central diketuai PBK II Ababg Muhd Fhazil Abang Abdul Manaf berserta enam anggota bergerak ke lokasi dengan jarak empat kilometer dari balai serta memulakan operasi pemadaman pada jam 12.49 pagi.

Sampai di lokasi kejadian, pihaknya mendapati sebuah kenderaan yang berada di tempat parkir kereta rumah pengadu telah 50 peratus terbakar.

Komander operasi mengambil tindakan mengikut konsep RECEO iaitu membuat penyelamatan, pemadaman serta pengudaraan dan mendapati tiada membabitkan mangsa.

Anggota operasi bertindak memadam kebakaran menggunakan salur bantu mula pertama serta kedua sehingga api dipadamkan sepenuhnya.

Pihak bomba juga melakukan penilaian keseluruhan tempat kejadian untuk memastikan keadaan selamat sepenuhnya dan tiada bahaya lain dikesan.

Punca kejadian bagaimanapun masih disiasat.

Advertisement