Anda di sini

COVID-19: Aguilas beraksi dengan tujuh pemain sahaja

Advertisement
 Pemain Aguilas bergambar sebelum perlawanan menentang Bocaya Chico bermula di Rionegro baru-baru ini. — Gambar AFP
KEKAL BERSEMANGAT: Pemain Aguilas bergambar sebelum perlawanan menentang Bocaya Chico bermula di Rionegro baru-baru ini. — Gambar AFP

BOGOTA: Pemilik kelab bola sepak Colombia terpaksa turun padang dalam perlawanan divisyen pertama dengan tujuh pemain sahaja selepas jangkitan koronavirus di kem mereka, merebak kepada kumpulan mereka pada Isnin.

Aguilas menyaksikan 16 pemain tidak dapat bermain selepas menghidapi COVID-19 manakala tujuh lagi tercedera, bermakna mereka hanya boleh menampilkan pasukan dengan tujuh pemain untuk perlawanan pada Ahad yang ditundukkan 0-3 oleh Boyaca Chico.

“Mereka sepatutnya menerima permintaan kami” untuk menundakan perlawanan, kata pemilik Aguilas Fernando Salazar dalam sebuah wawancara.

“Ia menyakiti saya setelah kami dijadikan bahan ketawa dan tersekat dalam situasi ini, yang boleh dielakkan.”

Beliau menyatakan kelab itu, telah mengemukakan beberapa permohonan kepada Dimayor, liga bola sepak Colombia itu, untuk menangguhkan permainan namun mereka enggan.

Presiden Dimayor Fernando Jaramillo mempertahankan keputusan mereka.

“Peraturan ini ditetapkan oleh Badan Persekutuan Bola Sepak   Antarabangsa (IFAB) ... sebuah pasukan harus menampilkan sekurang-kurangnya tujuh pemain,” kata Jaramillo.

IFAB ialah badan yang menentukan peraturan dalam persatuan bola sepak. Mereka menyatakan bahawa sesebuah pasukan tidak boleh bertanding dengan kurang daripada tujuh orang pemain namun tidak menegah sebarang pasukan untuk menangguhkan permainan jika mereka mempunyai sebab yang munasabah untuk berbuat demikian.

Aguilas menampilkan barisan dengan penjaga gol simpanan sebagai pertahanan namun perlawanan itu hanya berlangsung selama 80 minit sebelum satu lagi kecederaan  meninggalkan pasukan mereka dengan enam pemain sahaja dalam padang, sekaligus menamatkan permainan.

Kekalahan itu meletakkan Aguilas di tangga ke-17 daripada 19 pasukan teratas dengan berbaki satu perlawanan.

Jaramillo mengatakan pusingan terakhir juga tidak akan dipinda bermakna Aguilas mungkin akan sekali lagi bersaing tanpa kuota pemain penuh. — AFP

Advertisement