Anda di sini

Stigma menekan, menjejaskan bekas pesakit COVID-19

Advertisement
 Gambar dirakam Zaidi semasa beliau dikuarantin di sebuah hotel di Bintulu.
TERTEKAN: Gambar dirakam Zaidi semasa beliau dikuarantin di sebuah hotel di Bintulu.

BINTULU: Golongan yang dijangkiti COVID-19 tidak melakukan sebarang ke-salahan, jadi jangan sisihkan mereka.

Stigma terhadap bekas pesakit COVID-19 tidak wajar berlaku dalam masyarakat sehingga menimbulkan pelbagai tekanan dan persepsi negatif terhadap bekas pesakit ini.

Perkara ini diluahkan bekas pesakit COVID-19 Zaidi Ahmad, 45, yang melihat tindakan sesetengah masya-rakat menyisihkan bekas pesakit ini sebagai tidak wajar serta menimbulkan pelbagai tekanan kepada mereka sedangkan mereka telah disahkan sihat daripada wabak tersebut.

“Masalah sesetengah orang kita apabila seseorang pesakit COVID-19 telah disahkan sihat, persepsi mereka terhadap bekas pesakit sangat tidak membantu bahkan tindakan mereka cuba menjauhkan diri daripada kita amat memberi kesan tidak baik dalam hubungan persahabatan, kekeluargaan dan sebagainya,” ujarnya semasa dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

“Sepatutnya bekas pesakit COVID-19 ini jangan disisih-kan apabila mereka telah keluar dan disahkan sihat dari pusat kuarantin. Mereka perlu diberi semangat.

“Jika tidak mereka akan lebih tertekan terutama bagi mereka yang positif serta masih menjalani rawatan atau dikuarantin,” katanya yang aktif dengan hobi berbasikal.

Menceritakan lanjut Zaidi berkata, ada sesetengah pesakit COVID-19 bergejala ringan yang dilihat semasa dikuarantin kadang-kadang begitu tertekan hampir setiap hari membuat panggilan video dengan anak isteri semasa di pusat kuarantin ditambah lagi penyisihan masyarakat, keadaan ini membawa tekanan yang lebih buruk.

Justeru katanya, komuniti tidak harus memandang serong pesakit ini sebaliknya beri semangat kepada mereka agar mereka dapat sembuh dan sihat seperti sedia kala untuk menjalani kehidupan seterusnya.

“Beberapa kejadian berlaku apabila melihat bekas pesakit COVID-19 keluar saja dari pusat kuarantin, ada sesetengah orang terus melarikan diri serta menyisihkan bekas pesakit ini.

“Pada saya tindakan sebegini tidak wajar kerana bekas pesakit ini telah sihat dan tidak menjangkiti orang lain,” katanya.

Pengalaman itu juga dilalui Zaidi selepas disahkan sihat dan dibenarkan keluar dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Berisiko Rendah di Dewan Suarah Bintulu.

 Zaidi merakam gambar semasa sihat serta aktif dengan hobi mengayuh basikal.
AKTIF: Zaidi merakam gambar semasa sihat serta aktif dengan hobi mengayuh basikal.

Zaidi berkata, semasa mula-mula dikuarantin di sebuah hotel di sini dalam bilik seorang diri, beliau tidak hanya mengalami tekanan bahkan terkurung dalam keadaan membosankan setelah negatif dalam keputusan pertama ujian calitan CO-VID-19 (rt-PCR).

“Saya menjalani kuarantin selama 14 hari bermula 4 Mac 2021.

“Keadaan bilik agak selesa namun selepas dua hingga tiga hari saya merasakan seperti terpenjara dan terkurung.

“Untuk menghilangkan rasa bosan saya melakukan aktiviti senaman ringan dalam bilik,” jelasnya.

Begitupun katanya, pen-deritaan tidak berakhir di situ sebaliknya dalam keputusan kedua ujian, beliau didapati positif susulan dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada seorang rakan yang didapati positif COVID-19.

“Saya dihubungi kakitangan kesihatan berkenaan ujian itu seterusnya dibawa ke hospital untuk menunggu tindakan lanjut yang mana saya akhirnya dibawa ke PKRC Dewan Suarah disebabkan berisiko rendah dan sete-rusnya menjalani kuarantin selama 11 hari,” katanya.

Selama berada di PKRC itu katanya, tiap-tiap pagi beliau dan yang lain dipanggil nama dan diambil tekanan darah dan menjalani ujian pernafasan termasuk mengadakan senaman bangun duduk mengikut kiraan masa.

“Pengambilan darah pula turut dilakukan dan darah saya diambil tiga kali untuk diuji yang mana ujian kali ketiga keadaan darah saya dilaporkan bebas jangkitan dan baik.

“Saya dan beberapa yang lain turut diberikan suntikan cair darah supaya darah tidak beku,” katanya yang turut berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan lain yang bekerja dalam pelbagai bidang, antaranya industri minyak dan gas, perkapalan serta perubatan di pusat itu.

Mengenai kemudahan disediakan katanya, tempat mandi, mesin basuh pakaian dan mengeringkan pakaian cukup baik dan kemudahannya cukup lengkap.

“Sepanjang kuarantin di pusat ini, saya kadang-kadang melakukan senaman setempat, berjalan-jalan setempat serta dibenar berjemur.

“Pada saya, PKRC disediakan bagi yang bergejala ringan lebih baik kerana kita tidak berseorangan dan tidak kesunyian.

“Saya dan yang lain diberi makanan serta sarapan setiap hari, diambil darah serta calitan untuk diuji sehinggalah keadaan didapati sihat,” jelasnya.

“Saya amat berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang melayan kami de-ngan baik, tidak pernah marah serta pandai memujuk.

“Tetapi saya kasihan de-ngan petugas yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) yang dilihat keletihan dan melalui kepayahan untuk menjaga kami lebih daripada 100 orang di pusat ini,” katanya.

Zaidi berkata, petugas ini tidak pernah merungut mes-kipun dalam keadaan duduk keletihan dengan PPE, malahan dalam keadaan tertentu mereka makan tidak menentu apabila diperlukan bahkan mereka juga amat berisiko tinggi terhadap jangkitan.

“Bermula semasa saya dibawa ke pusat kuarantin oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta kakitangan kesihatan, mereka telah menjalankan tugas dengan baik,” katanya yang menjalani kuarantin selama lebih 20 hari bermula 4 Mac di sebuah hotel seterusnya di PKRC Dewan Suarah pada 12 Mac.

Mengenai jangkitan itu katanya, beliau tidak menye-dari ketika minum rehat semasa bekerja telah berjumpa dengan seorang rakan yang didapati positif.

“Saya dikenal pasti sebagai kontak rapat rakan yang positif tersebut.

“Kami berempat sebenar-nya dan daripada keputusan ujian dibuat dua daripada kami didapati positif terkena jangkitan dan dua lagi negatif,” katanya.

“Sebagai usaha mengekang jangkitan, ahli keluarga saya juga dikuarantin seminggu semasa saya disahkan positif.

“Saya tidak balik ke rumah sebaliknya terus ke hotel untuk menjalani kuarantin tetapi saya bersyukur kesemua ahli keluarga saya negatif hasil daripada ujian dijalankan.

“Apa yang membuatkan saya rasa tidak selesa dan kesal apabila ada sebahagian orang menyisihkan keluarga kami,” katanya.

Begitupun katanya, beliau bersyukur telah sihat dan berterima kasih kepada petugas barisan hadapan termasuk pihak polis, tentera yang bekerja siang malam serta melakukan tugas yang sukar ini demi memutuskan rantai-an pandemik COVID-19.

Mengakhiri perbualannya beliau memberi pesanan kepada seluruh masyarakat agar mengamalkan minum air limau dan air suam serta mengambil vitamin C setiap hari, seperti yang beliau lakukan di pusat kuarantin supaya antibodi kuat termasuk berkumur-kumur dengan ubat kumur mulut.

  • oleh
  • Advertisement