Anda di sini

STAR bakal jadi penyumbang kemenangan

Advertisement
 Lius menyerahkan keahlian STAR cawangan Lapasan II.
LAPASAN: Lius menyerahkan keahlian STAR cawangan Lapasan II.

TELIPOK: Penyertaan lebih 500 ahli baharu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dari 12 cawangan dalam Bahagian Karambunai mampu menyumbang majoriti yang lebih besar calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai pada Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Malahan tegas Timbalan Presiden STAR Datuk Ellron Alfred Angin, kewujudan STAR di bahagian baharu DUN Karambunai mampu memberi sumbangan terhadap usaha GRS menawan kawasan Parlimen Sepanggar dalam PRU tahun ini.

"Saya minta ahli-ahli baharu untuk menyebarkan lagi kewujudan STAR di Bahagian Karambunai agar penduduk kampung-kampung yang belum berparti dapat menjadikan STAR sebagai wadah mereka menyalurkan aspirasi perjuangan," katanya.

Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penyerahan Keahlian Beramai-ramai ke dalam Parti STAR di kediaman Lius Solipat di Kg Lapasan di sini pada Ahad.

Turut hadir Pengarah Strategik STAR Edward Linggu yang juga Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Ketua Bahagian STAR Karambunai Kapitan Stephen Teo yang juga Ahli Lembaga Pengarah LIGS.

Terdahulu dalam ucapannya, Stephen menyatakan pihaknya agak terharu dengan permintaan mendadak ramai penduduk kampung-kampung di kawasan DUN Karambunai untuk menyertai STAR.

Namun demikian, jelasnya, pihaknya maklum antara lain sebabnya ialah mereka selama ini khususnya selepas PRN lalu tidak mempunyai parti untuk memberi perhatian terhadap penyelesaian pelbagai masalah yang mereka hadapi.

Kawasan DUN Karambunai ketika ini diwakili Datuk Yakub Khan dari UMNO, sementara Parlimen Sepanggar diwakili Datuk Azis Jaman dari Warisan.

Kalangan ahli baharu yang menyerahkan borang keahlian datang dari 12 cawangan dalam kawasan DUN Karambunai seperti Kg Norowot, Kg Lapasan I, Kg Lapasan II, Kg Gantisan, Indah Permai, Kg Malawa, Kg Lapasan III, Kg Paniang, Kg Tuduon, Kg Suang Parai, Kg Salut dan Kg Gudon.

  • oleh
  • Advertisement