Anda di sini

Sarawak rekod 607 kes COVID-19, tertinggi di Malaysia hari ini - KP Kesihatan

Advertisement

KUCHING: Sarawak merekodkan kes harian tertinggi di Malaysia hari ini, iaitu 607 kes, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini meningkat kepada 20,959 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham dalam Facebook rasminya menyenaraikan jumlah kes harian di seluruh negara hari ini iaitu 1,767 kes, menjadikan keseluruhan setakat ini 363,940.

Berikut adalah pecahan kes harian negeri-negeri lain:

  • Selangor - 483 (120,841)
  • Sabah - 117 (56,023)
  • Johor - 74 (42,442)
  • WP KL - 133 (39,114)    
  • Pulau Pinang - 92 (17,767)       
  • Negeri Sembilan - 29 (17,646)
  • Perak - 36 (13,828)
  • Kedah - 39 (8,892)
  • Kelantan - 103 (7,280)                                                                                                                                              
  • Melaka - 17 (6,791)
  • Pahang - 14 (4,566)
  • Terengganu - 13 (3,792)
  • WP Labuan - 3 (2,414)
  • WP Putrajaya - 7 (1,246)
  • Perlis - 0 (339)

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak akan mengeluarkan kenyataan berhubung status COVID-19 di Sarawak petang ini.

Advertisement