Anda di sini

Rakyat Sabah diseru pelihara keseimbangan laut

Advertisement
 Daisy (dua kanan) menjelaskan Permainan Board Game Digital Polis Alam Sekitar (POLAS) kepada Noredah (kiri) sambil diperhatikan oleh Joniston (dua kiri) dan Sofian (kanan). 
JELAS: Daisy (dua kanan) menjelaskan Permainan Board Game Digital Polis Alam Sekitar (POLAS) kepada Noredah (kiri) sambil diperhatikan oleh Joniston (dua kiri) dan Sofian (kanan). 

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diseru memelihara keseimbangan laut sewajarnya kerana ia sentiasa diancam oleh aktiviti manusia sehingga menjejaskan ekosistem. 

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata, sekiranya aktiviti tidak terkawal, produktiviti biologi lautan akan terganggu sekaligus menyebabkan masalah hasil tangkapan laut berkurangan dan juga kepupusan pelbagai hidupan marin. 

"Kekayaan dan keseimbangan biodiversiti adalah asas bagi perkhidmatan alam sekitar seperti bekalan air bersih, penghasilan oksigen ke atmosfera, penyekatan gas rumah hijau, dan kawalan penyakit dan perosak. 

"Penyertaan komuniti setempat dalam membantu usaha perlindungan dan pemuliharaan amatlah penting demi menjadikan hidupan marin di negeri ini sebagai lokasi ikon pelancongan yang kaya dengan keindahan ekosistem lautnya.

"Ini dapat menjadi contoh kepada kawasan pelancongan lain di negara ini untuk sama-sama berusaha memupuk nilai cintakan alam sekitar," katanya. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalannya Datuk Joniston Bangkuai dalam Majlis Perasmian Permainan Board Game Digital Polis Alam Sekitar (POLAS) di Balai Seni Lukis, pada Isnin. 

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Mohd Sofian Alfian Nair, Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Daisy Aloysius dan Pengurus Besar Sabah Tourism Board (STB) Noredah Othman serta ahli-ahli Sabah Environmental Education Network (SEEN).

  • oleh
  • Advertisement