Anda di sini

Polis Sabah ambil pendekatan hati-hati

Advertisement
 Hazani mengesahkan belum ada rekod rampasan pil Captagon yang popular digunakan teroris di Timur Tengah pernah ditemui di Sabah setakat ini.
TEGAS: Hazani mengesahkan belum ada rekod rampasan pil Captagon yang popular digunakan teroris di Timur Tengah pernah ditemui di Sabah setakat ini.

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengambil pendekatan berhati-hati terhadap trend sindiket dadah antarabangsa menjadikan negara ini sebagai transit Captagon, pil dadah popular yang digunakan teroris.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali akui khuatir dengan kegiatan pengedaran dadah terbabit namun mengesahkan pil Captagon belum pernah ditemui di negeri ini.

"Kita sedia maklum dengan dadah ini yang popular digunakan teroris di sana (Timur Tengah) dan sindiket antarabangsa menjadikan negara kita (di Semenanjung) sebagai transit.

"Maklumat risikan kita juga mendapati pil itu bukan untuk dipasarkan di negara kita, tetapi mereka hendak edarkan ke negara lain," katanya, pada sidang media di sini, pada Isnin.

Begitupun, Hazani bimbang kesan penggunaan Captagon dalam kalangan teroris untuk bertindak nekad dan berani akan turut memberi tempias terhadap keselamatan dan kesejahteraan negara ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Sabah sudah lama menjadi transit sindiket dadah khususnya syabu namun hampir 80 peratus bekalan yang 'melintasi' negeri ini untuk pasaran negara jiran.

Ditanya berhubung usaha polis Sabah menjejak lokasi markas atau makmal dadah di negeri ini pula, beliau berkata sudah ada sasaran dikenal pasti namun belum dapat didedahkan.

"Kita sedar Sabah sudah lama dijadikan transit sindiket antarabangsa melibatkan pelbagai jenis dadah khususnya syabu, sebab itu risikan polis sentiasa berusaha mengumpulkan maklumat.

"Visi dan misi saya juga adalah untuk menggempur sindiket dadah di negeri ini dan semua Ketua Polis Daerah sudah diarah supaya mengambil langkah berterusan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement