Anda di sini

Petugas barisan hadapan bersemangat waja di lapangan hari pertama Ramadan

Advertisement
 Petugas barisan hadapan berbuka puasa di lapangan semasa menjalankan penugasan di PKPD Meruntum.
BERBUKA: Petugas barisan hadapan berbuka puasa di lapangan semasa menjalankan penugasan di PKPD Meruntum.


KOTA KINABALU: Semangat petugas barisan hadapan tidak pernah luntur melaksanakan tugas diamanahkan meskipun terpaksa berhadapn cuaca panas lebih-lebih lagi hari pertama Ramadan.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasang kawat duri di laluan utama Kampung Meruntum selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan terbabit.

Arahan pelaksanaan PKPD bermula 13 hingga 26 April depan berikutan peningkatan kes di lokaliti berkenaan.

Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5DIV) dalam satu kenyataan menyatakan aktiviti pemasangan dilaksanakan Fasa Tiga adalah seramai dua pegawai dan 10 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Rejimen 507 Askar Wataniah (AW).

Tambahnya ATM sentiasa komited dan sedia untuk membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri Sabah mengawal serta menyekat penularan COVID-19 dalam komuniti setempat di kawasan berisiko tinggi. 

Pihak IPD Penampang turut melaksanakan pemantauan berkala terhadap sekatan menggunakan kawat duri yang dipasang sehingga arahan PKPD ditamatkan.

  • oleh
  • Advertisement